Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA SERTAI SESI PROGRAM KOLOBORASI STRATEGIK KERJA RAYA MALAYSIA 2025

SANTUBONG, 12 FEBRUARI 2025 - Timbalan Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Seri Ahmad Maslan meluangkan masa menyampaikan rumusan bagi sesi koloborasi pada hari ini bertempat di Damai Lagoon Resort.  

Turut hadir di sesi rumusan tersebut ialah pihak pengurusan tertinggi kementerian serta agensi bersama 147 peserta yang menghadiri Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya Malaysia 2025. 

EXECUTIVE TALK BERSAMA KSU

SANTUBONG, 12 FEBRUARI 2025 - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim meluangkan masa menyampaikan pembentangan di slot "Executive Talk Bersama KSU" sempena Program Koloborasi Strategik Kerja Raya Malaysia 2025.  

PERASMIAN PROGRAM KOLABORASI STRATEGIK KERJA RAYA MALAYSIA 2025

SANTUBONG, 12 FEBRUARI 2025 - YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia telah menghadiri dan seterusnya merasmikan Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya Malaysia 2025 yang telah diadakan di Damai Lagoon Resort, Kuching Sarawak.

DELEGASI KEMENTERIAN KERJA RAYA KUNJUNG HORMAT PREMIER SARAWAK

KUCHING, 11 FEBRUARI 2025 - Mengakhiri siri kunjungan hormat, delegasi Kementerian Kerja Raya yang diketuai oleh YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg bertempat di Aras 22 Wisma Bapa Malaysia. 

DELEGASI KEMENTERIAN KERJA RAYA KUNJUNG HORMAT TIMBALAN PREMIER SARAWAK

KUCHING, 11 FEBRUARI 2025 - Delegasi daripada Kementerian Kerja Raya meneruskan sesi kunjungan hormat kepada Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Aras 20 Wisma Bapa Malaysia. 

Delegasi yang diketuai oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi juga berpeluang mengadakan perbincangan dua hala antara kedua belah pihak. 

YBM DAN DELEGASI KKR KUNJUNG HORMAT TIMBALAN PREMIER SARAWAK

KUCHING, 11 FEBRUARI 2025 - Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi mengetuai delegasi Kementerian Kerja Raya mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan bertempat di Wisma Sumber Alam. 

JKR DAERAH MERSING TERUS MEMACU PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN INFRASTRUKTUR NEGARA DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT MERSING

MERSING, 10 FEBRUARI 2025 – YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya meneruskan rutin lawatan kerja ke JKR Daerah Mersing meninjau perancangan projek pembangunan dan penyenggaraan infrastruktur negara 2025 bagi daerah Mersing, Johor. 

KEMENTERIAN KERJA RAYA DI HARI TERBUKA PUTRAJAYA 2025

PUTRAJAYA, 9 FEBRUARI 2025 – Kementerian Kerja Raya bersama Agensi sertai membuka reruai di Hari Terbuka Putrajaya 2025. Pelbagai aktiviti menarik dan hadiah disediakan untuk pengunjung yang hadir di reruai KKR seperti sesi Kahoot, simulasi kimpalan dan pelbagai lagi.  
 

Subscribe to