Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
PROJEK PEMBINAAN 513 UNIT KEDIAMAN WARGA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DIJANGKA SIAP MENGIKUT JADUAL

KOTA KINABALU, 17 MAC 2025 – Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya telah turun padang bagi meninjau pelaksanaan projek milik Kementerian Pertahanan Malaysia iaitu Pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Pelbagai Kelas di Kem Lok Kawi, Sabah di mana Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah dilantik sebagai agensi pelaksana. 

PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN KKR BULAN MAC 2025

KUALA LUMPUR, 13 MAC 2025 - Pagi tadi telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya bagi Bulan Mac bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya.

Majlis kali ini merupakan anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan bersama Bahagian Perancangan Korporat, Pejabat Penasihat Undang-Undang, Unit Komunikasi Korporat dan Unit Audit Dalam. 

KUNJUNG HORMAT DARIPADA KSU KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

PUTRAJAYA, 10 MAC 2025 - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya. YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim menerima kunjungan hormat oleh YBhg. Dato' Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan.  

Pertemuan berlangsung di Ibupejabat Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya dan kedua,-dua pihak meluangkan masa hampir satu jam mengadakan perbincangan bagi pihak Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan. 

KUNJUG HORMAT DARIPADA KSU KEMENTERIAN SUMBER ASLI

PUTRAJAYA, 10 MAC 2025 - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, YBhg. Datuk Dr. Ching Too a/l Kim bersama Ketua Pengarah, Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (JKPTG), YBhg. Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain.  

DATO’ KSU KKR BERSAMA TIMBALAN MENTERI KPKT KE DAERAH SEPANG

SEPANG, 10 MAC 2025 - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim turun padang mengadakan lawatan ke Daerah Sepang bersama Timbalan Menteri KPKT merangkap Ahli Parlimen Sepang, YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu.  

Mengiringi YBhg. Dato' Seri KSU ialah Pengarah Kerja Raya Negeri Selangor, YBrs. Tuan Ir. Haji Shukri Ishak. Taklimat sepanjang lawatan ini telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Azarul Azlan Mohd Radhi, Jurutera Daerah Sepang.  

SESI LIBAT URUS YBM BERSAMA AHLI PARLIMEN SARAWAK

KUALA LUMPUR, 4 MAC 2025 - Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah mengadakan Sesi Libat Urus Menteri Kerja Raya Bersama Ahli Parlimen Negeri Sarawak Dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Kerja Raya Serta Agensi Dibawah Naungan. Hadir sama ialah YB. Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya. 

LAWATAN KERJA YBHG. DATO' SERI KSU KKR KE МАНКАМАН BAHARU AMPANG

AMPANG, SELANGOR, 1 MAC 2025 -  YBhg. Dato' Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya hari ini mengadakan satu lawatan kerja ke Mahkamah Baharu Ampang bagi meninjau isu dan permasalahan di bangunan tersebut termasuk kecacatan yang berlaku serta laporan kerosakan yang masih dalam tindakan susulan oleh pihak JKR dan juga pihak kontraktor. 

PEMANTAUAN BERTERUSAN PROJEK FIZIKAL PEMBANGUNAN KEMENTERIAN PELANGGAN

KUALA LUMPUR, 28 FEBRUARI 2025 - YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya telah mempengerusikan Mesyuarat Pemantauan Projek Sakit dan Lewat Jadual Kementerian Pelanggan Bilangan 1 Tahun 2025 selaras dengan Halatuju Kementerian Kerja Raya (KKR) 2025 Mensifarkan Projek Sakit dan memastikan kelancaran pengurusan projek-projek infrastruktur rakyat tanpa EOT (Extension of Time). 

Subscribe to