Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
MEMPERKASA PERANAN JURUTERA DAERAH DAN JAJAHAN SEBAGAI TUNJANG GERAK KERJAHALA TUJU KEMENTERIAN KERJA RAYA

KUALA LUMPUR, 27 FEBRUARI 2025 – Sesi Amanat dan Dialog Menteri Kerja Raya bersama Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia 2025 dan Sesi Libat Urus Ketua Pengarah Kerja Raya bersama Pegawai Gred J14 JKR Malaysia telah diadakan pada hari ini. Sesi Amanat dan Dialog pada kali ini diadakan dengan objektif untuk memperkasa lagi peranan Jurutera Daerah dan Jajahan.

MAJLIS PRA-PELANCARAN MINGGU PEMBINAA ANTARABANGSA (ICW) & BUILDXPO 2025 ASEAN 2025

KUALA LUMPUR, 26 FEBRUARI 2025 - YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya merasmikan Majlis Pra-Pelancaran Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) & BUILDXPO ASEAN 2025 bertempat di Malaysian International Trade & Exhibition Centre (MITEC). 

6 SURAT SETUJU TERIMA (SST) BAGI PEMBINAAN PROJEK INFRASTRUKTUR JALAN RAYA DAN JAMBATAN

KUALA LUMPUR, 25 FEBRUARI 2025 - Kementerian Kerja Raya (KKR) terus komited dalam menyediakan infrastruktur yang berkualiti, selamat dan selesa bagi meningkatkan aksesibiliti, mobiliti dan saling keterhubungan antara rakyat Malaysia bandar dan luar bandar selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dan Program MYJALAN.  

KEMENTERIAN KERJA RAYA MENYOKONG DASAR PELEPASAN KARBON DENGAN PENYERAHAN 3 PROJEK SIAP PEMASANGAN SISTEM FOTOVOLTA SURIA

SHAH ALAM, 24 FEBRUARI 2025 – Kementerian Kerja Raya (KKR) menyokong Dasar Kerajaan berhubung pelepasan karbon sifar bersih (net zero emission) menjelang tahun 2050 ke arah merealisasikan Pelan Halatuju Peralihan Tenaga Negara (National Energy Transition Roadmap -NETR) menerusi pelaksanaan Projek Pemasangan Sistem Fotovolta Suria Tersambung Grid di Bangunan Kerajaan iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN), Wisma Pertahanan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor. 

SEMINAR PENGURUSAN ASET MENYELURUH 2025: MERINTIS USAHA KE ARAH PEMBUDAYAAN AMALAN TERBAIK DALAM PENGURUSAN ASET NEGARA

PUTRAJAYA, 24 FEBRUARI 2025 - Seminar Pengurusan Aset Menyeluruh 2025, julung kalinya diadakan dengan matlamat untuk memperkukuh lagi pengetahuan dan kefahaman peserta berhubung Dasar Pengurusan Aset Kerajaan (DPAK), strategi serta penggunaan teknologi dan inovasi ke arah membudayakan amalan terbaik dalam pengurusan aset negara. 

KETUA SETIAUSAHA KKR MENINJAU TAPAK PROJEK PEMBINAAN MAHKAMAH BAHARU SIK, KEDAH

SIK, 23 FEBRUARI 2025 - Mengakhiri siri lawatan kerja Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya ke negeri Pulau Pinang dan Kedah, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim meninjau tapak Projek Pembinaan Mahkamah Baharu Sik, Kedah.  

KETUA SETIAUSAHA KKR MELAWAT TAPAK PROJEK MENGGANTIKAN JAMBATAN SUNGAI SALA

KOTA SETAR, 22 FEBRUARI 2025 - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim melawat tapak Projek Menggantikan Jambatan Sungai Sala. Jambatan ini berada di laluan Jalan Persekutuan FT01 dan kini berada di Fasa 2 pembinaan.  

KETUA SETIAUSAHA KKR LAWATAN KERJA RASMI KE NEGERI PULAU PINANG DAN KEDAH

GEORGETOWN, 22 FEBRUARI 2025 - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim turun padang mengadakan lawatan kerja rasmi ke negeri Pulau Pinang dan Kedah selama dua hari dan lokasi pertama yang beliau lawati ialah tapak Projek Menaik Taraf Bangunan Uzur JKR/KKR dengan Meroboh Dan Bina Baru 4 Blok Kuarters Kelas H (5 tingkat 10 Unit).  

Subscribe to