Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
PERJUMPAAN KETUA SETIAUSAHA KKR BERSAMA JURUTERA DAERAH SELURUH NEGARA

KUALA LUMPUR, 19 FEBRUARI 2025 - Satu program perjumpaan antara YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya bersama dengan Jurutera Daerah dari seluruh negara telah diadakan pada 19 Februari 2025 (Rabu), jam 2 petang. 

TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PENGURUSAN) MELAWAT ABM WILAYAH TENGAH

KUALA LUMPUR, 19 FEBRUARI 2025 - Sekitar lawatan kerja Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman ke Akademi Binaan Malaysia Wilayah Tengah 

YBhg. Dato' TKSUP juga turut dibawa melawat ke CIDB TECH, Makmal Kerja Raya (MKRM) dan juga meninjau rumah contoh IBS Home dan seterusnya ke Galeri IBS CIDB. 

KETUA SETIAUSA NEGARA MELAWAT PROJEK LEBUHRAYA LEMBAH KLANG TIMUR (EKVE)

CHERAS, 19 FEBRUARI 2025 -  Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar turun padang meninjau sendiri kemajuan Projek Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) yang masih dalam pembinaan. 

Hadir sama mengiringi ialah Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim bersama YBhg. Dato' Mohd Sakeri Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Dasar Dan Pembangunan KKR. 

KUNJUNG HORMAT KSU KKR KE PETRONAS

KUALA LUMPUR, 18 FEBRUARI 2025 - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim membuat kunjungan hormat kepada Naib Presiden Kumpulan Pelaksanaan Projek, Project Delivery & Technology (PD&T) Petronas, YBrs. Tuan Ir. Shah Rizal Dahlan. 

Kunjungan yang diadakan di Menara 3 KLCC itu turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Mohd Sakeri Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Dasar Dan Pembangunan KKR. 

MENTERI KERJA RAYA MERASMIKAN PERSIDANGAN STRUKTUR KEJURUTERAAN & PEMBINAAN ASIA PASIFIK KE-11 2025 (APSEC 2025)

PUTRAJAYA, 18 FEBRUARI 2025 - YB Dato Seri Alexander Nanta Linggi merasmikan Persidangan Kejuruteraan & Pembinaan Struktur Asia Pasifik Kali Ke-11 2025 (APSEC 2025) bertempat di The Everly Putrajaya, Malaysia. 

KUNJUNG HORMAT TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK

KUCHING, 13 FEBRUARI 2025 - Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak.  

568 WARGA SK BATU PUTIH BARU BAKAL TERIMA MANFAAT PROJEK NAIK TARAF SEKOLAH DAIF

KUCHING, 12 FEBRUARI 2025 - Selari dengan agenda reformasi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu meningkatkan tahap kualiti pendidikan Negara, Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) selaku agensi pelaksana sentiasa komited menyokong usaha ini melalui aspek pembangunan infrastruktur pendidikan.  

Subscribe to