Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
KUNJUNG HORMAT KEPADA YANG AMAT MULIA TUNKU BESAR SERI MENANTI

SEREMBAN, 21 MAC 2025 - Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tunku Muhriz di Istana Hinggap Negeri Sembilan.

Yang Amat Mulia Tunku turut memperkenan menerima menghadap Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Dasar Dan Pembangunan KKR, YBhg. Dato' Mohd Sakeri Abdul Kadir, Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan Ismail dan Timbalan Ketua Pengarah (Bisnes) Lembaga Lebuhraya Malaysia, YBrs. Tuan Ir. Mohd Hadzmir Bin Yusoff.

PEMBUKAAN LORONG TAMBAHAN JALAN PERSEKUTUAN FT51 SEREMBAN - KUALA PILAH

SEREMBAN, 21 MAC 2025  – Menteri Kerja Raya  telah meninjau kerja-kerja persiapan akhir dan seterusnya merasmikan pembukaan lorong tambahan Jalan Persekutuan FT51 Seremban - Kuala Pilah di Seksyen 8.5 yang telah dinaik taraf daripada jalan tunggal 2 lorong 2 hala kepada jalan berkembar 4 lorong 2 hala dengan Piawaian R5.

YB MENTERI KERJA RAYA TURUN PADANG KE NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN, 21 MAC 2025 - Program Turun Padang Menteri Kerja Raya ke Negeri Sembilan ialah melawat Tapak Projek Kerja-Kerja Pembaikan Cerun menggunakan kaedah Soil Nail & Gunite di Laluan FT097 Seksyen 5.0, Jalan Paroi-Senawang. 

YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi mengingatkan supaya kerja-kerja ini dapat disiapkan mengikut jadual dan pada masa ini beliau berpuas hati dengan perkembangan kesuluruhan projek yang ketika ini mendahului jadual siap sebenar. 

YB MENTERI KERJA RAYA TURUN PADANG KE NEGERI SEMBILAN

NILAI, 21 MAC 2025 -  Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi mengadakan Program Turun Padang Di Negeri Sembilan. Lokasi Pertama lawatan beliau ke Tapak Projek Malaysia Vision Valley Bagi Membina Jalan Baru Dari Nilai Ke Bandar Enstek. 

Mengiringi beliau ialah YBhg. Dato' Mohd Sakeri Abd..Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Dasar Dan Pembangunan KKR. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan Ismail. 

LAWATAN YAB PERDANA MENTERI KE KEMENTERIAN KERJA RAYA

KUALA LUMPUR, 20 MAC 2024 -  Warga Kerja Raya menyambut ceria kedatangan YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang hadir bagi mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi bersama YAB Perdana Menteri bertempat di Bilik Tanjung, Aras 6, Blok A, Kompleks Kerja Raya.

MAJLIS IFTAR SATU PEMIMPIN SATU KAMPUNG (SANTUNI MADANI) KEMENTERIAN KERJA RAYA TAHUN 2025

BUKIT MERTAJAM , 18 MAC 2025 - Sempena Majlis Iftar Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni Madani) Kementerian Kerja Raya Tahun 2025, Ketua Setiausaha, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim hadir menyampaikan Sumbangan Aidilfitri Santuni Madani yang diadakan di Masjid Jamek Kubang Semang. Hadir sama ialah YBhg. Datin Seri Rosmawati Hassan, Pengerusi Puspanita Cawangan Kementerian Kerja Raya.  

MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) KEMENTERIAN KERJA RAYA BILANGAN 1 TAHUN 2025 DAN MAJLIS PENYERAHAN SURAT PELANTIKAN WAKIL PIHAK PEKERJA MBJ KKR SESI 2025-2026

KUALA LUMPUR, 17 MAC 2025 – Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan Kementerian Kerja Raya (MBJ KKR) Bilangan 1 bagi Tahun 2025 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Tanjung, Kompleks Kerja Raya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 

Subscribe to