Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Bulan HRMIS 2023 Peringkat KKR

Kuala Lumpur, 1 Ogos 2023 – Telah berlangsung Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Bulan HRMIS 2023 bertempat di Bilik Tanjung, Aras 6, Kompleks Kerja Raya. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ahmad ‘Asri bin Abdul Hamid, Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia. Sambutan Bulan HRMIS 2023 ini julung kalinya diadakan secara kolaboratif dengan semua agensi di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR), CIDB dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Penggantian 5 Jambatan Lama, Sempit Dan Uzur Jalan Persekutuan FT136 Bandar Baharu – Kulim

Bandar Baharu, Kedah, 27 Julai 2023 - Keselamatan dan keselesaan pengguna Jalan Persekutuan FT136 yang berulang-alik dari Bandar Baharu ke Kulim dan Lunas mendapat perhatian Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi yang meninjau kerja-kerja penggantian dan pelebaran lima jambatan disepanjang laluan ini yang sempit dan uzur. Turut hadir bersama-sama  Menteri Kerja Raya dalam tinjauan tersebut ialah Ketua Setiausaha KKR, Ybhg.

Pelaksanaan Program Menaiktaraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya Negeri Kedah

Kulim, Kedah, 27 Julai 2023 - Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang melaksanakan Program Menaiktaraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya di seluruh negara yang telah diluluskan pada Rolling Plan 2, RMKe-11 dengan siling peruntukan berjumlah RM241.5 Juta dan diteruskan pelaksanaannya dalam RMKe-12.

Pembaikan Cerun Runtuh di FT006 Jalan Balik Pulau – Teluk Bahang Pulau Pinang

Balik Pulau, Pulau Pinang, 27 Julai 2023 – Kejadian tanah runtuh yang telah menyebabkan jalan raya laluan FT006 Jalan Balik Pulau – Teluk Bahang, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang terputus  telah mendapat perhatian Menteri Kerja Raya (KKR), YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi yang meninjau lokasi bencana Jalan Persekutuan tersebut yang khuatir akan nasib pengguna jalan raya tersebut.

Masjid Qariah Sungai Nibong Besar Bakal Berimarah Ogos 2023

Bayan Baru, Pulau Pinang, 27 Julai 2023 – Umat Islam di sekitar Parlimen Bayan Baru, Pulau Pinang bakal menerima fasiliti baharu iaitu sebuah masjid yang dinamakan Masjid Qariah yang dibina di Sungai Nibong Besar dan dijangka dapat mula diimarahkan atau beroperasi bermula Ogos 2023.

Subscribe to