Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Program Executive Talk Mengajak Peserta Bersiapsiaga Ke Arah Kecemerlangan

Kuala Lumpur, 13 Julai 2023 – Program Executive Talk Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Kementerian Kerja Raya, Yang Berbahagia Dato’ Ahmad Nadzri Bin Embong Bersama-sama Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional & Pelaksana Gred 29 hingga Gred 44 Telah berlangsung dengan tajuk Organisasi Siap Siaga ke Arah Kecemerlangan. Program ini diadakan di Bilik Mawar 1, Tingkat 12, Blok B, Kementerian Kerja Raya dan merupakan anjuran Cawangan Pembangunan Modal Insan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

Pengukuhan Kemahiran Insaniah Melalui Tugasan Penguatkuasaan

Putrajaya, 13 Julai 2023 – Program Cakna Madani YAB Perdana Menteri Malaysia bersama Pegawai Penguat Kuasa tahun 2023 yang telah dijalankan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya merupakan inisiatif kerajaan dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman kepada pegawai dan anggota daripada Agensi Penguatkuasaan dan Agensi Keselamatan dan Ketenteraman Awam mengenai dua konsep utama Malaysia MADANI iaitu ketelusan dan kerjasama.

NBeS Mampu Menjadi Sistem Pemeriksa Pelan Bangunan Auto Pertama Di Dunia.

Kuala Lumpur, 13 Julai 2023 – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau yang lebih dikenali sebagai CIDB Malaysia telah melancarkan National BIM e-Submission Initiative (NBeS) yang melambangkan pencapaian signifikan ke arah mempertingkatkan penggunaan teknologi BIM di Malaysia.

Persidangan Pegawai Kanan (SOC) JKR 2023 Sebagai Platform Penetapan Hala Tuju.

Melaka, 11 Julai 2023 – Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menganjurkan Persidangan Pegawai Kanan (SOC) JKR Tahun 2022 yang bertemakan “Memacu Pembangunan Malaysia Madani” bertempat di  Hotel Hatten, Melaka. Yang Berhormat Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi telah hadir untuk menyempurnakan majlis perasmian persidangan ini.

Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Bakun FT803

Bintulu, Sarawak, 7 Julai 2023 – Keselesaan dan keselamatan pengguna bagi Jalan Simpang Bakun ke Empangan Bakun FT803 sepanjang 128.46 kilometer terus mendapat perhatian Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Menteri Kerja Raya, Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi yang telah melakukan tinjauan turun padang keadaan semasa laluan tersebut.

Pelancaran Sambutan Bulan HRMIS 2023 untuk meningkatkan tahap penggunaan HRMIS dan ketepatan data penjawat awam dalam HRMIS

Kuala Lumpur, 4 Jun 2023 – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menganjurkan bulan Julai sebagai bulan Sambutan Bulan HRMIS di peringkat nasional. Dalam usaha menyambut baik dan mendokong penganjuran Bulan HRMIS, telah berlangsung Majlis Perasmian Sambutan HRMIS Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama-sama Agensi-Agensi Tahun 2023 di Dewan Tan Sri M. Yusuff, Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Semua Lebuh Raya Bersedia Menghadapi Peningkatan Trafik Sempena Perayaan Aidil Adha.

Dengkil, 28  Jun 2023 – Menteri Kerja Raya, Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah meninjau persiapan dan persediaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bersama syarikat  konsesi lebuh raya dalam menghadapi peningkatan trafik sempena musim Perayaan Aidil Adha. Tinjauan tersebut dilakukan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil (Arah Selatan). Turut hadir dalam tinjauan tersebut, Pengerusi LLM YB Datuk Seri Jalaluddin Alias serta Ketua Pengarah LLM Ir.

Subscribe to