Langkau ke kandungan utama
1

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017

KUALA LUMPUR, 14 OGOS 2018: Kementerian Kerja Raya telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 Kementerian Kerja Raya sempena menghargai dan mengiktiraf sumbangan pegawai dan kakitangan khususnya warga Kementerian Kerja Raya dan agensi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan dengan cemerlang sepanjang tahun 2017. 

Bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2017 bertemakan “Pekerja Berdedikasi Misi Direalisasi” dan telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya YB Tuan Baru Bian. 

Secara keseluruhannya, seramai 864 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Kerja Raya dan Agensi telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017. Antaranya termasuklah 74 Orang Penerima daripada Kementerian Kerja Raya, 679 orang daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), 28 orang daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia, dan 83 orang daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (Construction Industry Development Board,CIDB). 

Mendahului senarai penerima anugerah perkhidmatan cemerlang ialah Puan Roziawati Binti Razali yang bertugas sebagai Jurutera Awam Kanan (J48) di Cawangan Jalan Jabatan Kerja Raya telah menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang 2016 yang telah disampaikan oleh Menteri kerja Raya YB Tuan Baru Bian.

Turut hadir Timbalan Menteri Kerja Raya YB Tuan Haji Mohd Anuar bin Mohd Tahir, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya YBhg. Dato’ Sri Zohari bin Akob, Ketua Pengarah Kerja Raya YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md. Taha, Ketua Eksekutif  Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) YBhg. Dato’  Ir. Ahmad Asri Bin Abdul Hamid, dan Timb Ketua Pengarah (Bisnes) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) YBhg. Dato Sr. Aziz Bin Abdullah. 

Kementerian Kerja Raya Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga pencapaian anda akan menjadi pembakar semangat kepada rakan-rakan yang lain untuk memberikan khidmat yang cemerlang demi keselesaan rakyat.

Tarikh Dan Waktu Acara