Langkau ke kandungan utama
1

Lawatan Kerja YB Menteri Kerja Raya ke Projek CSR Pakej 3

KUALA LIPIS, 21 Oktober – Satu lawatan kerja bagi meninjau kemajuan kerja Projek Central Spine Road (CSR) Pakej 3, antara Gua Musang, Kelantan ke Kampung Relong, Pahang telah diadakan oleh pengurusan tertinggi Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini.

Lawatan ini diketuai oleh Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Haji Fadillah Haji Yusof dan diiringi YBhg. Dato’ Zohari Haji Akob, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR). Pada keseluruhannya, Pakej 3 ini dibahagikan kepada 10 seksyen dan sebanyak empat seksyen kontrak iaitu Seksyen 3F1, 3F2, 3G dan 3H telah diluluskan pelaksanaannya dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMKe10). Jumlah jarak keempat-empat seksyen ini ialah 38 kilometer.  

Terdapat dua kaedah pembinaan yang unik dalam pembinaan seksyen di atas iaitu pembinaan tiga jambatan hidupan liar (Eco-Bridge) di lembah Sungai Yu sepanjang 1.3 kilometer dan pembinaan turapan konkrit (Concrete pavement – CRCP) di Seksyen 3H. 

Projek CSR ini mengandungi keseluruhan 6 Pakej dari Kuala Krai, Kelantan ke Simpang Pelangai, Pahang sepanjang 390 kilometer berasaskan empat lorong dua hala mengikut piawaian JKR R5.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita