Langkau ke kandungan utama
1

Lawatan Kerja Lebuhraya Pan Borneo – Jajaran Sabah

PAPAR, 5 Disember – Lawatan kerja pihak pengurusan Kementerian Kerja Raya (KKR) ke dua lokasi projek naiktaraf Lebuhraya Pan-Borneo jajaran Sabah telah diadakan bagi melihat kemajuan kerja projek-projek tersebut.

Dua lokasi tersebut adalah Projek Naiktaraf Jalan Petagas ke Lok Kawi, Pakej 1A dan 1B yang dinaiktaraf kepada 6 lorong 2 hala dan Projek Naiktaraf Jalan Donggongon ke Simpang Papar Spur, Pakej 1A dan 1B yang dinaiktaraf kepada 4 lorong 2 hala.

Projek naik taraf  ini bertujuan untuk memberi keselesaan dan meningkatkan keselamatan pengguna dan dalam masa yang sama, membantu menyuraikan kesesakan lalulintas.

Rombongan KKR diketuai YB Dato’ Sri Fadillah Haji Yusof, Menteri Kerja Raya dan disertai timbalannya, YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.  Taklimat kemajuan kerja pula telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Dato’ Ir. John Anthony.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita