Langkau ke kandungan utama
1

Lawatan Kerja ke 3 Negeri Terjejas Banjir oleh YB Menteri Kerja Raya

KUALA KRAI, 1 Januari – Kejadian banjir yang melanda empat buah negeri di Semenanjung Malaysia telah menjejaskan beberapa jalanraya dan infrastruktur lain mengakibatkan beberapa kawasan telah terputus hubungan pengangkutan darat.

Bagi menilai kesan kemusnahan ini, Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Fadillah Yusof telah mengadakan lawatan kerja ke tiga negeri yang terjejas akibat bencana bersama-sama pihak pengurusan tertinggi Kementerian antaranya YBhg. Dato’ Sri Zohari Akob, Ketua Setiausaha KKR dan YBhg. Dato’ Ir. Annies Md. Ariff, Ketua Pengarah Kerja Raya.

Lokasi pertama yang dilawati beliau adalah Jalanraya Timur Barat Gerik – Jeli, (Perak – Kelantan) FT 004, kilometer 69 yang mengalami keruntuhan cerun.  Jalan lencongan sedang dibina syarikat konsesi dan kerja ini dipantau Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak bagi menyediakan laluan alternatif sementara kepada pengguna jalanraya ini.

Lawatan diteruskan ke Kuala Krai, Kelantan. Antara lokasi yang dilawati adalah Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Mengah Yahya Petra 2, jalan terjejas FT 008 Kuala Krai – Gua Musang dan rumah penduduk sekitar Kampung Kubang Lebur, Kuala Krai.

Lokasi terakhir yang dilawati adalah dua pusat pemindahan sementara di Daerah Temerloh, Pahang iaitu Sek. Men. Keb Sri Tualang, Temerloh dan Sekolah Menengah Seri Sukan Seberang Temerloh. Menteri Kerja Raya telah sudi menyampaikan sumbangan bantuan yang telah dikumpul oleh warga Kerja Raya kepada mangsa banjir di kedua-dua pusat pemindahan tersebut.

Tarikh Dan Waktu Acara