Langkau ke kandungan utama
0

Kunjungan hormat YAB Menteri Besar Johor ke Kementerian Kerja Raya

Kuala Lumpur, 19 Februari 2024 – Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menerima kunjungan hormat Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi pada Selasa yang lepas. Sesi pertemuan tersebut berlangsung di Bilik Tanjung, Aras 6, Kompleks Kerja Raya.

Hadir sama dalam sesi pertemuan tersebut ialah Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Ketua Setiausaha KKR, YBhg. Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar dan Pembangunan, YBhg. Datuk Zahrul Hakim Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, YBrs. Tuan Mohd Sakeri Abdul Kadir serta Ketua-ketua Agensi daripada Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

YB Menteri Kerja Raya juga sempat berkongsi bahawa bagi tahun 2024 sejumlah RM293.7 juta telah diperuntukkan untuk negeri Johor bagi kerja-kerja penyenggaraan jalan, cerun dan bangunan persekutuan. Terdapat 11 projek di bawah RMKe-12 telah diluluskan untuk negeri Johor melibatkan kos sebanyak RM2.14 bilion. Infrastruktur jalan persekutuan dan projek pembangunan di bawah KKR yang memberi manfaat kepada rakyat menjadi antara intipati perbincangan dua hala ini.

YB Menteri Kerja Raya juga telah menyatakan hasrat kepada Kerajaan Negeri Johor untuk memperluas pelaksanaan program MyJalan ke negeri Darul Ta’zim ini. Ibarat langkah kanan, hasrat tersebut disambut baik oleh YAB Menteri Besar Johor.

Jadi, untuk orang-orang Johor, nantikan MyJalan ke tempat anda!

Tarikh Dan Waktu Acara