Langkau ke kandungan utama
1

KKR Serius Dengan Tahap Keselamatan Dan Pencegahan Kawalan Denggi Di Tapak Binaan

KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2014 – YB Menteri Kerja Raya Datuk Haji Fadillah Yusof telah melakukan Operasi Penguatkuasaan Bersepadu terutama bagi pencegahan denggi di salah satu tapak projek seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu projek naiktaraf hospital Kuala Lumpur Jalan Pahang, hari ini.

Pemeriksaan secara bersepadu itu turut melibatkan Lembaga Pembangunan Indsutri Pembinaan Malaysia (CIDB), Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP), Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Jabatan Imigresen, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Lembaga Arkitek, Lembaga Jurutera, dan Lembaga Juruukur Bahan antara lain bertujuan untuk memastikan agar kontraktor sentiasa mengikuti dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan berkaitan pembinaan.

“Selepas melakukan pemeriksaan di tapak ini kami telah mengarahkan enam tapak pembinaan di kawasan projek ini untuk menghentikan kerja-kerja pembinaan selama tujuh hari berkuatkuasa esok berikutan risiko menjadi sarang pembiakan jentik-jentik yang boleh membawa wabak denggi,” kata YB Menteri Kerja Raya dalam sidang media selepas memeriksa dan meninjau tapak projek naik taraf HKL itu.

Ujarnya lagi kontraktor itu perlu membersihkan tapak berkenaan dan semua kerja-kerja pembinaan dalam tempoh tujuh hari.

Usaha ini adalah selaras dengan penubuhan pasukan Petugas Khas bagi menangani peningkatan kes denggi yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tarikh Dan Waktu Acara