Langkau ke kandungan utama
1

Kembara Bahasa Jalan Persekutuan : Inisiatif KKR Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 19 Oktober – Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan, Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Program Cakna Pembangunan : Kembara Bahasa Jalan Persekutuan bermula 19 hingga 21 Oktober 2014 bertempat di Ipoh, Perak.

Program Kembara Bahasa Jalan Persekutuan ini telah disertai oleh enam kumpulan yang terdiri daripada warga Kerja Raya dengan kesemua kumpulan menuju ke Ipoh, Perak melalui Jalanraya Persekutuan FT1.  Disepanjang perjalanan para peserta diminta menyemak penggunaan bahasa di papan tanda jalan dan membentangkan hasil penemuan di lokasi akhir kembara.

Perasmian dan perlepasan peserta telah dilakukan oleh YBhg. Dato’ Zohari Haji  Akob, Ketua Setiausaha KKR dalam satu majlis di Kompleks Kerja Raya. Program ini mendapat kerjasama daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).  Selain Kembara, acara lain yang diatur adalah ceramah melestarikan Bulan Bahasa Kebangsaan.

Tarikh Dan Waktu Acara