Langkau ke kandungan utama
1

9TH MRC 2014 dan Seminar Antarabangsa PIARC

PETALING JAYA, 10 November – Persidangan Jalan Raya Malaysia (MRC) kesembilan dan Seminar Antarabangsa Permanent International Association of Road Congresses (PIARC) on Slopes, Road Foundation Drainage and Stormwater Management 2014 telah diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre bermula hari ini hingga 12 November 2014.  

 

Persidangan dwitahunan ini merupakan anjuran bersama Kementerian Kerja Raya (KKR), Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Persatuan Kejuruteraan Jalan Malaysia (REAM) serta turut disokong oleh Chartered Institution of Highways and Transportation (Malaysian Branch) dan Intelligent Transport System Association of Malaysia (ITS Malaysia).

Ucapan aluan telah disampaikan oleh  YBhg. Dato’ Seri Mohd. Noor bin Yaacob, presiden Persatuan Kejuruteran Jalan Malaysia (REAM) manakala perasmiannya telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya Malaysia.  Persidangan tiga hari itu menjadi medan pembentangan hasil penyelidikan, perbincangan dan pertukaran idea mengenai teknologi terkini berkaitan dengan pembangunan, pembinaan, pengurusan dan penyenggaraan jalan, lebuhraya serta agenda berkaitan infrastruktur. 

Antara pengisian lain adalah pembentangan 60 kertas kerja serta tiga ceramah oleh pakar-pakar tempatan dan antarabangsa.  Persidangan ini turut dihadiri oleh pengurus dari organisasi sektor korporat termasuk pegawai-pegawai kerajaan.  

Tarikh Dan Waktu Acara