Kuala Lumpur, 11 November – Majlis Perpisahan untuk mantan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kerja Raya (KKR), Y. Bhg. Datuk Thomas George telah diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby. Majlis yang dinamakan sebagai ‘Jasamu Dikenang’ itu diadakan sebagai tanda penghargaan serta mengenang jasa mantan KSU selama beliau berkhidmat di KKR.
Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Seri Shaziman Abu Mansor menghadiri majlis perpisahan tersebut sebagai tetamu khas. Dalam majlis YB. Menteri, beliau berterima kasih di atas segala sumbangan dan komitmen Y.Bhg Datuk Thomas George semasa menerajui KKR. YB Menteri mengkagumi sifat dan perwatakan Mantan KSU yang dedikasi, “passionate” terhadap tugas serta disenangi oleh warga KKR.
Setelah berucap, YB. Menteri memberi cenderahati kepada mantan KSU sebagai tanda penghargaan dan kenangan-kenangan. Majlis Perpisahan tersebut telah dihadiri oleh Y.Bhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha KKR yang baru, ketua-ketua jabatan, serta warga KKR dan agensi.
|Galeri Foto|