Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Jalinan Hubungan Akrab KKR Bersama-sama Negeri Johor Demi Infra Rakyat

Putrajaya, 28 Februari 2024 – Telah berlangsung Mesyuarat Pembangunan Negeri Johor yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. Turut hadir dalam mesyuarat, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghani, Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR).

Lawatan Teknikal Bersama Ketua Setiausaha KKR Ke Daikin Osaka Dan Tokyo Jepun

Jepun, 27 Februari 2024 - Satu lawatan teknikal dari delegasi Kementerian Kerja Raya (KKR) yang diketuai oleh YBhg Datuk Seri Hasnol Zam Zam, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya telah diadakan ke Daikin Industries Ltd di Technology & Innovation Center (TIC) di Daikin Yodogawa Factory, Osaka dan ke Tokyo Yaesu Midtown Tokyo Jepun.

Peranan Jurutera Di Daerah Dan Jajahan Sebagai Workforce Dalam Membentuk Hala Tuju Kementerian Yang Lebih Efisyen Serta Promosi Pelaksanaan Program MYJalan

Kuala Lumpur, 27 Februari 2024 – Satu sesi dialog bersama Jurutera Daerah dan Jurutera Jajahan Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2024 telah diadakan di Kementerian Kerja Raya. Dalam sesi tersebut, YB Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah menyampaikan amanat akan pentingnya peranan Jurutera Daerah dan Jurutera Jajahan sebagai tenaga kerja dalam menjayakan agenda dan halatuju kementerian yang lebih berdaya saing agar memenuhi penanda aras jabatan sekaligus menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan rakyat dan negara.

KKR dan MOSTI Jalin Kerjasama Bagi Memperkasa Program MyJalan

Kuala Lumpur, 29 Februari 2024 - Selari aspirasi Malaysia Madani yang memberi penekanan kepada transformasi digital, Kementerian Kerja Raya (KKR) akan menjalinkan kerjasama strategik bersama National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) bagi memperluaskan adaptasi teknologi di dalam aspek penyenggaraan infrastruktur jalan dan sektor pembinaan.

YAB Menteri Negeri Sembilan menyambut baik pelaksanaan Program MyJalan yang dilaksanakan oleh KKR

Seremban, 23 Februari 2024 - Membawa semangat dan aspirasi Program MyJalan, Kementerian Kerja Raya (KKR) hadir mendengar sendiri permasalahan berkaitan infrastruktur jalan raya yang dihadapi di Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Inovasi Penyelesaian Untuk Cabaran Pengurusan Fasiliti Melalui Kemajuan Digital

Kuala Lumpur, 21 Februari 2024 – Persatuan Pengurusan Fasiliti Malaysia (MAFM) telah menganjurkan Perjumpaan Umum bertemakan "tren semasa industri pengurusan fasiliti dan hala tuju masa depan" bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan MAFM ke-17 yang diadakan di UTM Hotel and Residence Kuala Lumpur. Acara itu dihadiri oleh 120 pemimpin industri yang terdiri daripada pemilik aset, penyedia perkhidmatan, badan kawal selia, ahli akademik dan pembekal yang berkaitan dengan industri pengurusan fasiliti di Malaysia.

Subscribe to