TANJUNG MALIM, PERAK, 18 MEI 2023 – Kementerian Kerja Raya (KKR) terus komited dalam memberikan khidmat yang terbaik dalam mengatasi isu berkaitan penyenggaraan di Jalan Persekutuan. Selepas laluan Jalan Persekutuan di negeri Kedah, Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi meneruskan sesi tinjauan di Jalan Persekutuan di negeri Perak Darul Ridzuan. Laluan yang terlibat dalam tinjauan kali ini adalah FT001 – Jalan Ipoh – Tanjung Malim dan FT058 – Jalan Bidor – Teluk Intan.