Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Semua Lebuh Raya Bersedia Menghadapi Peningkatan Trafik Sempena Perayaan Aidil Adha.

Dengkil, 28  Jun 2023 – Menteri Kerja Raya, Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah meninjau persiapan dan persediaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bersama syarikat  konsesi lebuh raya dalam menghadapi peningkatan trafik sempena musim Perayaan Aidil Adha. Tinjauan tersebut dilakukan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil (Arah Selatan). Turut hadir dalam tinjauan tersebut, Pengerusi LLM YB Datuk Seri Jalaluddin Alias serta Ketua Pengarah LLM Ir.

Pembinaan Flyover dapat menyuraikan kesesakan lalu lintas di Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor

Wakaf Bharu, Kelantan, 27 Jun 2023 – Menteri Kerja Raya, Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah menyempurnakan perasmian Pembinaan Flyover dari Arah Kota Bharu Merentangi Bulatan Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubor.

Perasmian Pembukaan Seksyen 5B: Lingkaran Tengah Utama (LTU)

Raub, Pahang, 24 Jun 2023 -Perasmian pembukaan Seksyen 5B: Kampung Orang Asli Sg. Chandan Ke Kampung Asap sepanjang 16 kilometer (km) dan sebahagian Seksyen 5A (Persimpangan Krau, Raub) sepanjang 600 meter telah disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail bersama Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad pada 24 Jun 2023 yang lalu.

Program Wacana Malaysia Madani menyuburkan gagasan Malaysia Madani dalam kalangan warga KKR.

Kuala Lumpur, 22 Jun 2023 –  Program Wacana Malaysia Madani Peringkat Kementerian Kerja Raya (KKR) telah berlangsung bertempat di Kompleks Kerja Raya dan program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Ahmad Nadzri Embong, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan KKR.

16 Pegawai-pegawai Kanan JKR terima Watikah Pemangkuan Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA)

Kuala Lumpur, 22 Jun 2023 – Majlis Penyampaian Watikah Pemangkuan Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) telah disempurnakan dengan jayanya oleh YBhg. Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya yang bertempat di Bilik Tanjung, Aras 6, Kompleks Kerja pada 22 Januari yang lalu.

Subscribe to