Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
KKR dan KSM turut serta di WorldSkills ASEAN 2023 di Singapura

Singapura, 22 Julai 2023 – Timbalan Menteri Kerja Raya (KKR) YB Dato’ Sri Abdul Rahman Bin Haji Mohamad telah menghadiri Worldskills ASEAN 2023 yang berlangsung di Suntec Singapore Convention & Exhibition Centre. Turut hadir Bersama-sama beliau ialah Timbalan Menteri Sumber Manusia (KSM), YB Tuan Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud. Program Worldskills ASEAN 2023  ini terbuka kepada orang awam dan dijalankan dari 23 Julai 2023 hingga 25 Julai 2023.

Kejadian Tanah Mendap Di Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak Km66.1

Kuala Lumpur, 26 Julai 2023 – Menteri Kerja Raya (KKR), YB Dato Seri Alexander Nanta Linggi telah meninjau lokasi tanah mendap (sinkhole) berhampiran Plaza Tol Bentong di KM 66.1, Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak. Tinjauan turut disertai Ir. Sazali bin Harun, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia dan YBhg. Dato’ Nik Fauzi bin Tan Sri Nik Hussein, Group Executive Chairman ANIH Berhad.

Reka Bentuk Baharu R&R Seremban (Arah Selatan) Mampu Menjamin Keselesaan Pengguna.

Seremban, 20 Julai 2023 – YB Dato’ Sri Abdul Rahman Haji Mohamad, Timbalan Menteri Kerja Raya (KKR) bersama-sama YBhg. Dato' Zahrul Hakim Bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) KKR, Ir. Sazali Harun, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Datuk Nik Airina Nik Jaffar, Pengarah Urusan PLUS serta pegawai kanan KKR, LLM dan PLUS telah mengadakan lawatan kerja ke R&R Seremban (Arah Selatan) yang dibina semula di KM274.4. Projek ini melibatkan belanja sebanyak RM45 Juta.

Jalan Persekutuan FT 237 Chukai Dinaiktaraf untuk Atasi Masalah Banjir.

Chukai, Terengganu, 19 Julai 2023 – Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah meninjau sendiri kerja-kerja naiktaraf yang dilaksanakan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna laluan terjamin semasa beliau hadir bagi menyempurnakan penyerahan projek menaiktaraf jalan sedia ada FT237.

Subscribe to