Langkau ke kandungan utama

Bangunan baru akan dibina

JALAN TEPI SUNGAI - Penantian hampir lima tahun ibu bapa dan guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)  Jalan Tepi Sungai untuk memdapatkan bangunan sekolah yang baru kini berakhir apabila kerajaan megumumkan pembinaan bangunan baru akan dijalankan tidak lama lagi.

Pembinaan bangunan sekolah yang baru itu adalah untuk mengantaikan bangunan sekolah lama yang uzur dan roboh hampir enam tahun lalu, serta sebuah lagi blok sekolah menempatkan empat kelas yang hampir musnah kerana kebakaran tahun lalu.

Construction sector works to plug brain drain

PETALING JAYA: The Master Builders Association Malaysia (MBAM) is planning nationwide road shows this year on employment opportunities in the construction sector as part of its efforts to address the country's shortage of skilled workers in the sector.

According to MBAM president Patrick Wong, the association plans to visit schools, collages and universities to give talks on the career opportunities in the sector.

Tiada kenaikan tol tahun ini

KUALA LUMPUR: Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) mengesahkan tiada kenaikan tol dijadualkan bagi mana-mana lebuh raya sepanjang tahun ini, termasuk Jambatan Pulau Pinang, selaras dengan keputusan kerajaan pada 30 November tahun lalu. 

Dalam satu kenyataan semalam, LLM berkata, kerajaan menetapkan hanya lebuh raya yang kurang sibuk dan tidak mempunyai aliran trafik yang banyak akan mengalami kenaikan kadar tol berkuat kuasa 1 Januari tahun ini. 

Projek jambatan ketiga di Klang siap dua setengah tahun

KLANG : Projek pembinaan jambatan ketiga melintasi Sungai Klang sepanjang 3.8 km di sini yang melibatkan kos RM 23. juta dijangka siap sepenuhnya dalam masa dua setengah tahun, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Katanya, kerja pembinaan kemudahan jalan raya dan jambatan untuk projek berkenaan akan dimulakan dalam tempoh empat bulan ini.

"Saya percaya dalam tempoh  empat bulan ini bolehlah kita mula projek ini.Reka bentuk  untuk projek semuanya sudah selesai dan tawaran akan dipanggil secepat mungkin," katanya.

CIDB rancang lesen guna sistem mata

LEMBAGA Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) merancang memperkenalkan sistem mata kepada semua kontraktor lama yang hendak memperbaharui lesen perniagaan mereka, menerusi latihan intergriti di bawah Program Kontraktor Secara Berterusan (CCD). 

Ketua Eksekutifnya, Datuk Hamzah Hasan, berkata pengenalan sistem baru itu bertujuan memastikan setiap syarikat kontraktor di negara ini mencapai tahap pengurusan dan mampu memberi mutu perkhidmatan yang menepati kehendak Pelan Induk Industri Pembinaan (CIMP). 

Prasarana serba lengkap di johor Bahru menjelang 2010

Menjelang tahun 2010 warga wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) dan penduduk Johor Bahru khususnya akan menikmati kemudahan prasarana yang serba lengkap dan selesa berikutan langkah kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM 4.9 bilion.

Peruntukan tersebut adalah untuk membiayai pembinaan 18 projek yang melibatkat pembinaan jalan baru dan menaik taraf  jalan-jalan utama  termasuk di sekitar  Bandar raya Johor Bahru, Senai, Kulai, Pasir Gudang, Gelang Patah, Hulu Tiram dan Pasir Gudang.

7 maut nahas bas di Tol Jelapang

IPOH: Tujuh orang terbunuh manakala 28 lagi cedera, termasuk empat parah apabila bas pesiaran yang membawa rombongan Wanita Umno Bahagian Kuala Kedah merempuh belakang sebuah lori di Plaza Tol Jelapang menghala ke selatan, awal pagi semalam, dipercayai akibat brek tidak berfungsi. 

Dalam kemalangan ngeri kira-kira jam 4 pagi itu, enam mangsa termasuk pemandu bas terbabit, Lim Teh Lee, 49, dan pemandu keduanya, Saad Salleh, 45, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi di Hospital Ipoh (HI). 

Plaza tol Jelapang mahu dipindah

IPOH - Hanya enam bulan sahaja lagi sebelum plaza Tol Jelapang dipindahkan, satu lagi nahas berlaku di situ pagi semalam menyebabkan tujuh orang terkorban.

Tol itu akan dipindahkan ke satu kawasan satu kilometer dari situ dan projek itu dijangka siap pertengahan tahun depan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri  S. Samy Vellu ketika melawat tempat kejadian itu bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali pagi semalam.

Seven die, 28 hurt in bus-tanker crash

SEVEN people died and 28 were injured, four of them seriously, when a tour bus ferrying a Kuala Lumpur Wanita Umno delegation crashed into the back of a tanker carrying latex at the Jelapang toll plaza near Ipoh yesterday.

A police spokesman said the driver and co-driver of the bus and four passengers died on the spot in the 4am accident while another victim died at Ipoh Hospital.

"The bus was on its way from Kubang Pasu to Cameron Highlands when the accident occurred," he said at the scene.

KL jalan ditutup

Kuala Lumpur 11 Dis. - Lalu lintas di ibu negara sesak teruk pada pagi dan tengah hari ini ekoran tindakan pihak polis mengadakan sekatan di kebanyakan jalan bagi menghalang orang ramai daripada menghadiri satu perhimpunan haram di hadapan bangunan Parlimen.

Perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) itu di jadual berlangsung pada pukul 11 pagi ini.

Menurut kenyataan Polis Trafik Kuala Lumpur, sekatan itu bermula pada pukul 6 pagi sehingga 1 petang ini.

Subscribe to