Kota Tinggi, Johor, 20 Januari 2024 – Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah meninjau beberapa lokasi di laluan Jalan Persekutuan di negeri Johor yang telah rosak dan terjejas akibat bencana Monsun Timur Laut yang melanda negara baru-baru ini. Berikutan amaran dari Jabatan Meteorologi Malaysia pada 4 Januari lalu, Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengeluarkan arahan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan di kawasan yang berisiko.