Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

SMART ditutup selepas hujan lebat

KUALA LUMPUR 13 Nov. - Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan (SMART) ditutup malam ini bagi kerja-kerja pengalihan limpahan air ekoran hujan lebat di sekitar Lembah Klang petang ini.

Pengarah Smart, John Abrahem berkata, terowong itu ditutup pada pukul 7 malam apabila air dalam kolam takungan di Kampung Berembang melebihi paras bahaya yang memaksa ia dialirkan melalui terowong tersebut.

Langkah itu bagi mengelakkan berlakunya banjir kilat di ibu negara ekoran hujan lebat tersebut.

Bangunan runtuh dikesan bermasalah 3 minggu lalu

IPOH: Struktur bangunan dua tingkat milik Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP) di Tasik Banding di Grik dekat sini, yang runtuh pagi kelmarin, sudah menunjukkan ?masalah' kira-kira tiga minggu lalu. 

Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali, berkata sebaik dimaklumkan pegawai PTNP mengenainya, kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Grik menyiasat struktur bangunan bernilai RM4.5 juta itu. 

Kurangkan beban: Kadar tol ditetapkan untuk masa lebih panjang

PETALING JAYA 5 Nov. - Kementerian Kerja Raya mencadangkan di mesyuarat mingguan jemaah menteri baru-baru ini supaya kadar tol lebuh raya ditetapkan untuk tempoh masa lebih panjang bagi mengurangkan beban pengguna.

Menterinya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, dengan langkah ini, pengguna jalan raya tidak akan dibebankan dengan kenaikan kadar tol setiap tiga hingga lima tahun seperti pada masa ini.

Plus guna sistem perjalanan sama sepanjang cuti Deepavali

KUALA LUMPUR: Berikutan keberkesanan jadual Perjalanan sempena Aidilfitri baru-baru ini, Plus Expressways berhad (Plus) akan menggunakan sistem sama sepanjang cuti Deepavali, Khamis ini membabitkan tiga peringkat bermula lusa bagi melancarkan perjalanan di Lebuh Raya Utara - Selatan.

Mulai Rabu hingga Ahad ini, di jangka lebih 1.1 juta kenderaan menggunakan lebuh raya itu setiap hari berbanding 1.2 juta kenderaan pada Aidilfitri baru-baru ini manakala bagi perjalanan pulang selepas perayaan, dijangkakan kesesakan berlaku secara berperingkat pada 11 November ini.

Tetapkan harga siling tol jangka masa panjang

PETALING JAYA 5 Nov. - Kerajaan diminta mengkaji semula kadar tol dan menetapkan kadar itu pada harga siling bagi jangka masa panjang yang disyorkan pada mesyuarat mingguan Jemaah Menteri baru-baru ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, dengan berbuat demikian pengguna jalan raya tidak akan dibebani dengan kekerapan kenaikan kadar tol setiap tahun seperti yang diamalkan sekarang.

Gaji baru 25,000 juruteknik dikaji

KUALA LUMPUR: Nasib kira-kira 25,000 pembantu teknik dan juruteknik di seluruh negara bakal berubah selepas kerajaan bersedia membincangkan dan mengkaji semula tangga gaji mereka mengikut Skim Juruteknik yang tidak dinaik taraf sejak 1989. 

Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata kajian mengenai skim lama itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet sebelum ia diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan untuk dipertimbangkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). 

CIDB tawar perkhidmatan SMS

PENAMBAHBAIKAN sistem penyampaian perkhidmatan awam amat penting bagi mencapai matlamat dalam teras pentadbiran kerajaan dan meningkatkan iklim pelaburan di negara ini.

Ini amat bersesuaian dalam saranan Perdana Menterim Datuk Seri Abdulllah Ahmad Badawi yang mahu agensi berusaha untuk memantapkan sistem perkhidmatan awam agar ia bersifat telus dan mengurangkan kerena birokrasi.

Downpour leads to collapse

HEAVY rains caused part of a retaining wall in Taman Seri Minang, Balakong, to collapse on Tuesday. The backyards of six double-storey houses were affected as a result. 

The incident occurred at around 3pm and brought down the fencing while exposing several underground pipes. 

Resident Loh Chun Liang said prior to the incident, several cracks had appeared on the portion of the wall located near the Tenaga Nasional Berhad (TNB) sub-station opposite the first house. 

Flood woes may soon be over for Tamil school

UALA LUMPUR: The flood woes at SRK Tamil Ladang Bukit Jalil may be over in a few days. 

Immediate action has been promised by Kuala Lumpur City Hall (DBKL), at the insistence of Natural Resources and Environment Deputy Minister Datuk S. Sothinathan.

The school has been flooded five times in the past month, with waters reaching up to a metre, causing classes and, more importantly, examinations to be disrupted for the 103 pupils. 

The first time the school became flooded was on the second day of the Ujian Pencapaian Sekolah Rendah examination last month.

Subscribe to