Langkau ke kandungan utama

PENAMBAHBAIKAN sistem penyampaian perkhidmatan awam amat penting bagi mencapai matlamat dalam teras pentadbiran kerajaan dan meningkatkan iklim pelaburan di negara ini.

Ini amat bersesuaian dalam saranan Perdana Menterim Datuk Seri Abdulllah Ahmad Badawi yang mahu agensi berusaha untuk memantapkan sistem perkhidmatan awam agar ia bersifat telus dan mengurangkan kerena birokrasi.

Selaras dengan itu, Lembaga Pembangunan Industeri Pembinaan Malaysia (CIDB) menyahut cabaran dengan melaksanakan sistem Khidmat Pesanan Rinagkas (SMS) untuk industri pembinaan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan.

Perkhidmatan SMS merupakan teknologi sistem penyampaian perkhidmatan tanpa wayar yang membolehkan mesej berbentuk abjad angka disamapaikan kepada pengguna melalui telefon mudah alih, emel elektrinik, kelui dan sistem simpanan peti suara.

Melalui kaedah ini para kontraktor boleh memperoleh maklumat dengan segera. Di samping itu, ia juga mampu mengurangkan kos memandangkan maklumat boleh diperoleh di mama-mana sahaja tanpa perlu membuat kunjungan ke pejabat.

Bagi memastikan perkhidmatan itu dapat direalisasikan, para kontraktor dan pengusaha industri peminaan perlu memaklumkan kepada CIDB nombor telefon mudah alih mereka yang terkini atau sebarang perubahaan nombor telefon.

Ini amat penting bagi membolehkan CIDB menyebarkan maklumat mengenai seminar, kurusus dan aktivit-aktiviti yang akan dilaksankan serta memudahkan  pemberitahuan tempoh tamat perakuan pendaftaran kontraktor.

Selain kontraktor yang berdaftar dengan CIDB, pelanggan-pelanggan CIDB dan orang awam juga dibenarkan untuk memperolehi maklumat berkaitan dengan  pendaftaran dan status permohonan kontraktor dengan  syarat mereka mengetahui nombor permohonan atau nombor pendaftar CIDB.

Dengan terlaksananya sistem perkhidmatan SMS ini, mutu perkhidmatan CIDB dapat ditingkatkan dan diperkukuhkan sekali gus memudahkan  urusan kontraktor dan pelanggan dalam industri pembinaan.

Secara tidak langsung, ia mampu merealisasika  hasrat Perdana Mentereiu kita kearah mewujudkan sebuah kerajaan yang berteraskan kepada lima Misi Nasional dan didorong oleh matlamat untuk mencapai Wawasan 2020.

Pekej perkhidmatan SMS yang di sediakan oleh CIDB untuk fasa pertama.

 Borang-Borang CIDB yang boleh diperoleh:

R1:  Pendaftaran Baru, Pendaftaran Syarikat Konsortium. Usajasama.R2:  Pendaftaran Menyertai Tender pembinaan Di Malaysia.R3:  Pendaftaran Menjalankan Projek yang telah DianugerahiR4:  Perbaharui PendaftaranR5:  Kenaikan Gred Pendaftaran, Tambahan Kategori, PengkhususanR6:  Pemberitahuan Perhubahan Butiran Syarikat, Permohonan untuk Kebenaran Khas

 Pemberitahuan tempoh tamat Perakuan Pendaftaran Kontraktor:Pihak CIDB akan memaklumkan kepada para kontraktor dan [elangan-pelangan CIDB mengenai tarikh tempoh tamat perakuan pendaftaran bagi kontraktor (3 bulan sebelum tarikh tamat tempoh tersebut).

 Maklumat seminar atau kursus dan sebagainya kepada kontraktor:Pihak CIDB akan memaklumkan kepada para kontraktor dan pelanggan-pelanggannya mengenai seminar, kursus ataupun aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan melalui pakej SMS Broadcast.

 

 

 

 

 

 

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia