Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

Projek infrastruktur dinaik taraf

KUCHING 13 Nov. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu semua projek infrastruktur di seluruh negara ditambah nilai dan dinaik taraf supaya kemampuan dan keupayaan negara dalam pembangunan menjadi lebih hebat pada masa akan datang.

Perdana Menteri malah berkata, projek-projek tersebut perlu dilaksanakan mengikut permintaan agar mampu menampung keperluan dalam satu tempoh masa yang panjang dan memberi lebih banyak faedah kepada orang ramai.

Lebuh raya KL-Putrajaya bakal atasi kesesakan

SERDANG RAYA - Lebuh raya menghubungkan Putrajaya ke Kuala Lumpur yang bakal dibuka kepada orang ramai sebelum hujung tahun ini dijangka mampu mengurangkan kesesakan yang sering berlaku di Seri Kembangan kini.

Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Serdang, Ungku Md Salleh Ungku Abd Jamal, Berkata, dengan menggunakan laluan itu, orang ramai dapat menjimatkan masa antara 15 hingga 20 minit untuk menuju ke Kuala Lumpur.

Kontraktor Kelas F Terancam

KUALA LUMPUR: Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F (PERKOBF) Kuala Lumpur mendedahkan kontraktor kelas F tempatan kini semakin terancam berikutan kebanjiran jumlah pekerja asing yang mendominasi sektor pembinaan kecil sejak kebelakangan ini.

Yang Dipertuanya, Ahmad Awang, berkata pihaknya menerima banyak rungutan daripada kontraktor kelas F mengenai membabitkan pekerja asing termasuk tanpa permit yang semakin ramai menyertai bidang pembinaan, khususnya dalam kerja ubah suai rumah.

Terowong Smart tutup, banjir kilat punca jalan sesak

KUALA LUMPUR: Banjir kilat di beberapa jalan utama berikutan hujan lebat lebih dua jam dan penutupan terowong Smart, petang semalam, mengakibatkan kesesakan teruk di ibu kota, petang semalam. 

Antara jalan mengalami kesesakan lebih sejam ialah Bulatan Kampung Pandan, Jalan Tun Razak menghala ke Cheras, Lebuh Raya Persekutuan, bulatan Batu Caves dan Jalan Ampang. 

Banjir kilat juga menyebabkan Jalan Chan Sow Lin menghala ke Seremban dan Ampang Point mengalami kesesakan. 

 

Lampu isyarat dijangka tahun depan

<P>SEKSYEN U10 - Jabatan Kerja Raya (JKR) dijangka akan memasang lampu isyarat di persimpangan Lebuh raya Puncak Perdana-Puncak Alam di sini, selewat-lewatnya tahun depan.</P>
<P>Jurutera JKR Daerah Petaling, Jamilul Nasir Saad memberitahu pihaknya telah meneliti kertas cadangan pembinaan lampu isyarat tersebut dan tidak mempunyai masalah untuk meluluskannya.</P>
<P>Bagaimanapun JKR tidak dapat memasang lampu isyarat tersebut dalam waktu terdekat ini kerana peruntukan untuk kemudahan itu bagi tahun ini telah digunakan sepenuhnya.</P>

Tebing runtuh buat kali kedua

KUALA LUMPUR: Hujan lebat selama beberapa jam pada Ahad lalu mengakibatkan kejadian tanah runtuh di tebing bukit berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Petaling di sini, sehingga melimpah ke kawasan sekolah berkenaan.

Satu daripada blok bangunan sekolah berkenaan yang menempatkan 30 pelajar pendidikan khas sindrom Down terjejas teruk apabila lumpur melimpahi koridornya dan buat sementara waktu pihak sekolah memindahkan pelajar terbabit ke dewan sebagai langkah keselamatan.

Lencongan Jalan Kajang-Semenyih ditutup lagi tiga bulan

KUALA LUMPUR- Lencongan Trafik Sementara di Jalan Semenyih yang dibuka sebelum ini akan dilanjutkan lagi untuk tempoh tiga bulan iaitu sehingga tahun depan.

Pihak Pengurusan Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dalam satu kenyataan semalam memberitahu lencongan sementara yang sedia ada itu akan dilanjutkan mulai pukul 10 pagi semalam hingga 31 Januari 2008 nanti.

"Tempoh perlanjutan pada lencongan itu melibatkan jalan berhampiran pasar raya Billion dan Jabatan Pengangkutan Jalan Semenyih.

Kakitangan awam perlu ubah cara berfikir

KOTA BHARU-Anggota perkhidmatan awam perlu bermentaliti kelas pertama dalam usaha menghasilkan produk baru yang boleh diketengah dan menaikkan nama negara pada peringkat antarabangsa.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata pemikiran kelas pertama dapat mengubah cara berfikir biasa untuk menjadi lebih kreatif serta inovatif kearah membolehkan negara menjadi antara pemain utama dalam menyediakan perkhidmatan para peringkat global.

Plus keluar jadual perjalanan Deepavali

KUALA LUMPUR 5 Nov- Berikutan keberkesanan cadangan waktu perjalanan pada cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri lalu, Plus Expressway Berhad sekali lagi mengeluarkan pelan perjalanan bagi perayaan Deepavali yang disambut khamis ini.

Ketua Pegawai Operasi Plus, Nik Airina Nik Jaafar berkata, cadangan waktu perjalanan itu bertujuan dijadikan panduan kepada  pengguna lebuh raya dari Lembah Klang agar perjalanan mereka lebih selamat dan efisien untuk mengurangkan kesesakan pada waktu puncak.

Jalan sesak, terowong Smart tutup

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan utama di ibu kota sesak teruk berikutan hujan lebat lebih dua jam, petang semalam dan keadaan bertambah buruk apabila terowong Smart di Jalan Sungai Besi di sini, terpaksa ditutup bagi mengalirkan air ke kawasan takungan berhampiran.

Difahamkan penutupan sementara terowong berkenaan dibuat bagi mengelak banjir di beberapa kawasan di ibu kota.

Bagaimanapun, banjir kilat dilaporkan melanda beberapa jalan utama di ibu kota mengakibatkan kesesakan teruk lebih sejam ketika warga kota dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Subscribe to