STUTONG BARU - Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi turut meluangkan masa meninjau kemajuan kerja di tapak Projek Pembinaan Jalan Akses ke Kawasan Selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK).
Setakat ini, projek telah mencatat kemajuan fizikal sebanyak 96%, dengan baki kerja melibatkan pemasangan perabot jalan dan lampu jalan. Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada September 2025.