MAJLIS PEMERKASAAN PENGURUSAN DATA JALAN NEGERI MARRIS MELALUI SISTEM MYINFRA | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

MAJLIS PEMERKASAAN PENGURUSAN DATA JALAN NEGERI MARRIS MELALUI SISTEM MYINFRA

PUTRAJAYA - Majlis Pemerkasaan Pengurusan Data Jalan Negeri MARRIS Melalui Sistem MyINFRA telah berlangsung di Auditorium Kementerian Kewangan, pagi tadi.

Majlis dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKR, YBhg. Datuk Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) KKR, YBhg. Datuk Khairus Masnan Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan, YBhg. Dato Zamzuri Abdul Aziz, Pengarah Belanjawan Negara, Pegawai Kewangan Negeri serta wakil - wakil JKR, JPS  dan Pihak Berkuasa Tempatan dari seluruh Malaysia.

MyINFRA merupakan sistem yang dibangunkan atas inisiatif dan usaha berterusan Bahagian Pengurusan Fasiliti, Kementerian Kerja Raya untuk menguruskan aset tak alih kerajaan secara holistik dan bersepadu. 

Majlis hari ini menyaksikan sesi menandatangani dokumen kerjasama strategik antara Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kewangan Malaysia sebagai simbolik peralihan pengurusan data jalan negeri daripada MARRIS kepada Sistem MyINFRA.

Peralihan MARRIS kepada MYINFRA serta transformasi sistem pengurusan data jalan yang dilaksanakan mulai hari ini mencerminkan semangat Ekonomi Madani dan Malaysia Madani — pentadbiran yang berintegriti, responsif dan berpaksikan data.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0