Sekitar Hari Pertama Program Madani Rakyat 2025 membuka tirai dengan pelbagai aktiviti menarik yang bukan sekadar pameran biasa. Pengunjung berpeluang menyertai kuiz interaktif Kahoot yang penuh dengan soalan mencabar minda, di samping berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik yang telah disediakan khas untuk anda. Program ini bukan sahaja menghiburkan, malah memberi ruang kepada rakyat untuk mendapatkan maklumat berguna, berinteraksi bersama agensi kerajaan serta menikmati pengalaman santai bersama keluarga. Terdapat pelbagai jualan-jualan ada di program ini.