KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini telah mengadakan Sesi Dialog Belanjawan 2026 bersama penggiat industri, agensi kerajaan, persatuan profesional, dan pihak berkepentingan lain di Kompleks Kerja Raya.
KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini telah mengadakan Sesi Dialog Belanjawan 2026 bersama penggiat industri, agensi kerajaan, persatuan profesional, dan pihak berkepentingan lain di Kompleks Kerja Raya.
KUALA LUMPUR – Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi pagi ini menghadiri Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Friends of Ministry (FOM) Kementerian Kerja Raya di Parlimen Malaysia.
FOM, yang diilhamkan oleh Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (BBC), menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan strategik antara KKR dan Ahli-ahli Parlimen, demi memastikan dasar dan aspirasi Malaysia MADANI dapat diterjemahkan kepada manfaat sebenar di peringkat akar umbi.
KOTA BHARU – Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, telah meninjau Jalan Persekutuan FT003 (Jalan Kota Bharu – Kuala Terengganu, Seksyen 688.5 hingga 705.9) dan FT057 (Jalan Kota Bharu – Pengkalan Chepa, Seksyen 0.0 hingga 10.40), dua laluan utama dan protokol di Jajahan Kota Bharu.
KOTA BHARU - Seusai Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Laluan FT003 dari Persimpangan Melor – Ketereh ke Kg. Pak Badol yang telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YBhg. Dato’ Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) Kementerian Kerja Raya telah meneruskan lawatan kerja ke Projek Menaik Taraf Jalan FT209 dan FT131 dari Persimpangan Bertingkat Pasir Hor ke Panchor, Kota Bharu, Kelantan.
SHAH ALAM – Petang tadi Timbalan Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Seri Ahmad Maslan hadir ke CIAST Shah Alam bagi Sesi Sembang Santai dan Penyampaian Amanat Bersama Kontinjen Negara yang akan menyertai Worldskills Asean Manila 2025.
MELOR, KELANTAN - Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, telah menyempurnakan penyerahan projek menaiktaraf Laluan FT003 dari Persimpangan Melor, Ketereh ke Kg. Pak Badol sepanjang 3.3km. Turut hadir bersama Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Daud.
KOTA BHARU, KELANTAN - YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya hari ini telah membuat pemantauan ke tapak Projek Lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai (KBKK) Pakej 2B: Ketereh – Kok Lanas bagi meninjau kemajuan kerja pembinaan.
KOTA BHARU, KELANTAN – Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, telah menghadiri Majlis Perasmian Penutup Program MADANI Rakyat di sini hari ini.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, yang menutup secara rasmi program yang bertujuan mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat serta memperkukuh agenda Malaysia MADANI.
TUMPAT, KELANTAN – Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, merasmikan pelancaran Feri Sri Tanjong 1 di JKR Feri Pengkalan Kubor, menggantikan feri lama berusia 34 tahun. Dibina di Lumut oleh tenaga tempatan dengan kos RM7.9 juta, feri sepanjang 30.8meter dan lebar 13.5meter ini siap pada Februari 2025 dan diserahkan kepada JKR pada Mac 2025.
PETALING JAYA – Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi meninjau pelaksanaan sistem pembayaran terbuka tol menggunakan teknologi pengecaman nombor plat automatik (ANPR) di Lebuhraya PLUS. Inisiatif ini membolehkan pengguna menikmati perjalanan lebih lancar melalui pelbagai lorong tol tanpa henti.