KEMENTERIAN KERJA RAYA MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT MENTERI BESAR PERLIS | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

KEMENTERIAN KERJA RAYA MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT MENTERI BESAR PERLIS

KUALA LUMPUR  – YB Dato’ Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada YAB Tuan Abu Bakar Hamzah, Menteri Besar Perlis di Kementerian Kerja Raya (KKR).

Turut hadir bersama YB Datuk Dr. Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) dan YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman,Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Pengurusan Kementerian Kerja Raya

Pertemuan tersebut memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk membincangkan pelbagai perkara berkaitan pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur jalan raya serta projek-projek di bawah seliaan KKR di Negeri Perlis. Turut disentuh ialah keutamaan pelaksanaan projek, isu-isu semasa berkaitan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya serta perancangan jangka panjang bagi meningkatkan kualiti rangkaian perhubungan di negeri itu.

YB Menteri Kerja Raya menegaskan komitmen KKR untuk terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri Perlis dalam memastikan setiap projek yang dirancang dapat dilaksanakan secara teratur, telus dan memberi impak optimum kepada rakyat.

Kunjungan hormat ini mencerminkan kesepaduan dan komitmen bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam memperkasa pembangunan infrastruktur yang mampan, selamat dan berdaya tahan demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan Negeri Perlis secara keseluruhannya.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0