TURUN PADANG YBTM DI KUANTAN
KUANTAN - Usai mempengerusikan mesyuarat, Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Dr Ahmad Maslan turut turun padang meninjau dua lokasi projek.
Lokasi pertama ialah Projek Menaiktaraf Jalan FT1486 dari Persimpangan Lampu Isyarat Bukit Goh ke KOTASAS.
Projek ini dicadangkan di bawah Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ke-12 manakala kelulusan pelaksanaan telah diberikan di bawah Rolling Plan 2, Rancangan Malaysia Ke-12. Kos siling bagi projek yang diluluskan adalah sebanyak RM80 juta.
Seterusnya YB Timbalan Menteri Kerja Raya turut membuat tinjauan ke Projek Pembinaan Bangunan Tambahan Kemudahan Fasa 2 Sekolah Sukan Malaysia Pahang, Gambang.
Tarikh Dan Waktu Acara
- Log in to post comments