Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
PROGRAM KKR SPEAKER SERIES BIL. 4/2025: PERJUMPAAN KSU KKR BERSAMA PEGAWAI TEKNIKAL MUDA (J9 – J12)

KUALA LUMPUR - Pagi tadi YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha KKR, berpeluang bertemu dan berinteraksi bersama 100 orang Pegawai Teknikal Muda (Gred J9 – J12) daripada pelbagai disiplin di KKR, Jabatan Kerja Raya (JKR), termasuk JKR Daerah serta pegawai kader melalui program KKR Speaker Series Bil 4/2025 bertempat di Bilik Tanjung, Aras 6, Blok A, Kompleks Kerja Raya. Hadir sama ialah YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan).

KKR & JKR SENTIASA SIAP SIAGA MENGHADAPI BENCANA

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) sentiasa memastikan kesiapsiagaan pada tahap tertinggi dalam menghadapi sebarang bencana seperti banjir, tanah runtuh dan jalan terputus.

Malaysia kini masih berada dalam fasa akhir Monsun Barat Daya (MBD), yang dijangka berterusan hingga September 2025 manakala Monsun Timur Laut (MTL) dijangka berlaku pada bulan November sehingga bulan Mac pada setiap tahun.

PROGRAM HIGH IMPACT TOP MANAGEMENT (HITT) KKR TAHUN 2025

PULAU PINANG – Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah menganjurkan Program High Impact Top Management (HITT) KKR Tahun 2025 pada 12 hingga 14 September 2025 (Jumaat-Ahad) bertempat di Cititel Hotel, Georgetown dan sekitar negeri Pulau Pinang.

PROJEK PEMBINAAN SEMULA SEKOLAH DAIF SK BATU PUTIH BARU SANDAKAN

SANDAKAN, SABAH – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, meninjau projek pembinaan semula sekolah daif SK Batu Putih Baru, Sandakan – lawatan rasmi ketiganya ke Sabah pada 2025. Projek bernilai RM43.89 juta ini dilaksanakan secara reka dan bina oleh Eastbourne Corporation Berhad dengan JKR (PPK2) sebagai agensi pelaksana.

HARI MALAYSIA 2025: PERPADUAN DIPERKUKUH, EKONOMI DIJULANG DENGAN TATA KELOLA YANG BAIK

BUTTERWORTH – Lebih 10,000 pengunjung hadir memeriahkan Sambutan Hari Malaysia 2025 di PICCA Convention Centre @ Butterworth Arena, yang berlangsung dengan penuh warna-warni di bawah tema “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”.

Acara dimulakan dengan persembahan kebudayaan “Rentak Tradisi Pulau Mutiara” yang menampilkan keunikan seni dan budaya negeri Pulau Pinang.

PROJEK ASRAMA KOLEJ VOKASIONAL LABUAN DISASAR SIAP 2025

LABUAN – Selesai majlis penyerahan projek di Kampung Patau-Patau 1, YB Datuk Seri Dr. Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, turut meninjau Projek Pembaikan dan Penyelenggaraan Bangunan Asrama Perempuan Blok A & Blok B di Kolej Vokasional Labuan.

JAMBATAN PATAU-PATAU 1 BERI AKSES LEBIH SELAMAT & SELESA UNTUK KOMUNITI

LABUAN  – YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya hari ini telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Naiktaraf Jambatan Patau-Patau 1, yang berjaya disiapkan lebih awal daripada jadual asal oleh Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Labuan.

Projek ini bermula pada Oktober 2023 dan siap 258 hari lebih awal daripada jadual  asal Mac 2026. Jambatan ini penting kerana menjadi nadi perhubungan utama kepada lebih 1,620 penduduk Kampung Air Patau-Patau 1, penempatan air tradisional yang unik di Labuan. 

PERDANA MENTERI LANCAR PROJEK SARAWAK-SABAH LINK ROAD (SSLR) FASA 2

LIMBANG – Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Projek Sarawak-Sabah Link Road Fasa 2 (SSLR2) menerusi majlis pecah tanah di Nanga Medamit, Limbang, Sarawak. Projek berimpak tinggi Kerajaan MADANI melalui Kementerian Kerja Raya (KKR) itu bakal mengubah landskap pembangunan di Utara Sarawak dan bahagian tengah Borneo selain merapatkan jurang antara bandar, luar bandar dan pedalaman.

SESI LIBAT URUS PELAKSANAAN SISTEM MLFF BERSAMA KONSESI LEBUHRAYA

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya hari ini mengadakan sesi libat urus bersama wakil syarikat konsesi lebuh raya bagi memperhalusi pelaksanaan Sistem Kutipan Tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF).

Sesi tersebut dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi bertempat di Bilik Tanjung, Aras 6, Blok A, Kompleks Kerja Raya.

TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA SEMPAT LUANGKAN MASA BERSAMA PETUGAS MEDIA

KOTA SAMARAHAN, SARAWAK – Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Bin Maslan telah meluangkan masa beramah mesra bersama para petugas media semasa lawatan kerja rasmi beliau ke Negeri Sarawak.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pengamal media atas kerjasama erat dan peranan penting mereka dalam menyampaikan maklumat sahih dan tepat kepada masyarakat.

Subscribe to