KOMITMEN KKR DALAM MEMPERKUKUH AKAUNTABILITI DAN INTEGRITI PENGURUSAN KEWANGAN AWAM | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

KOMITMEN KKR DALAM MEMPERKUKUH AKAUNTABILITI DAN INTEGRITI PENGURUSAN KEWANGAN AWAM

KUALA LUMPUR – Sesi Tandatangan Penyata Kewangan Kementerian Kerja Raya (KKR) Tahun 2025 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha KKR pada hari ini.

Sesi tersebut turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Bahagian Akaun KKR yang terlibat secara langsung dalam proses penyediaan penyata kewangan berkenaan.

Pelaksanaan sesi ini mencerminkan komitmen berterusan kementerian dalam memastikan tadbir urus kewangan awam yang berakauntabiliti serta berintegriti. Ia juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh ketelusan dan memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap undang-undang serta peraturan yang berkuat kuasa dalam pengurusan kewangan dan akaun awam.

Sehubungan itu, setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada barisan Kepimpinan Tertinggi KKR, khususnya YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, KSU KKR, YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, TKSU (Pengurusan) serta YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan Bin Abdul Khalid, TKSU (Dasar & Pembangunan).

Ucapan terima kasih juga dizahirkan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam memastikan penyediaan Penyata Kewangan KKR Tahun 2025 dapat dilaksanakan dengan lancar dan menepati tempoh yang ditetapkan. Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama semua pihak yang terlibat.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0