Kuala Lumpur, 14 November 2023 – YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya bersama-sama YBhg Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam Bin Hj Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya hadir ke Majlis Apresiasi Budi & Bakti yang diadakan bagi meraikan 15 orang pegawai yang telah bersara pada tahun 2023 di Kementerian Kerja Raya (KKR). Pada tahun ini seramai 15 orang pegawai telah bersara, 10 orang bersara wajib, dan 5 orang bersara pilihan. Majlis ini telah diadakan di Bilik Tanjung, Aras 6, Blok A, Kompleks Kerja Raya.