Dua Projek Persekutuan Untuk Rakyat Bintulu Mendahului Jadual | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

Dua Projek Persekutuan Untuk Rakyat Bintulu Mendahului Jadual

Bintulu, Sarawak, 4 Mei 2024 – Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi hari ini telah turun padang meninjau kemajuan kerja dua (2) projek Kerajaan Persekutuan di Bintulu, Sarawak yang dilaksanakan oleh agensi Kementerian Kerja Raya (KKR) iaitu Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR).

 

Projek pertama ialah Projek Pembinaan Kuarters Gunasama Persekutuan Bintulu, Sarawak milik Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang bernilai RM64.5juta. Projek yang dilaksanakan dengan kaedah Reka dan Bina ini mencapai kemajuan kerja fizikal sebanyak 33.8% iaitu mendahului jadual sebanyak 92 hari dari jadual asal.

 

Antara skop kerja utama projek adalah pembinaan Kuarters Kelas F sebanyak 70 buah unit dan Kuarters Kelas G sebanyak 20 buah unit. Projek yang dimulakan pada 21 Oktober 2022 ini dijadualkan siap pada Julai 2025.

 

Projek kedua yang turut diteliti ialah kerja menyiapkan baki Projek Menaiktaraf Sekolah Menengah Vokasional Bintulu, Sarawak milik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Projek ini dilaksanakan menggunakan kaedah perolehan konvensional perunding. Hasil tinjauan menunjukkan kemajuan kerja fizikal projek ini telah mencapai 42% iaitu mendahului 69 hari dari jadual asal.

 

Projek yang dimulakan pada 4 Julai 2023 ini dijangka diserahkan kepada KPM pada Jun 2025. Antara skop utama projek yang bernilai RM21.5juta ini adalah pembinaan blok - blok pembelajaran vokasional seperti Seni Kulinari, Fesyen, Kursus Kosmetologi, Elektrik, Elektronik, CAD, Pendawaian, Teknologi Automotif, Pemesinan Industri, Teknologi Pembinaan dan Teknologi Kimpalan.

 

Pelaksanaan projek ini merupakan satu lagi bukti komitmen Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani dalam memberi keutamaan kepada projek berorientasikan rakyat (rakyat-centric project) dalam membangunkan infrastruktur jalan, jambatan dan bangunan secara lebih terancang, sistematik dan efisien. Ini selaras dengan hasrat Kerajaan yang inginkan pelaksanaan setiap projek dibuat mengikut kualiti, kos dan masa yang telah ditetapkan.

 

KKR mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan projek - projek berimpak kepada rakyat. Segala pengajaran yang diperolehi boleh dijadikan panduan dalam pelaksanaan projek-projek yang akan datang dan seharusnya diberi perhatian oleh semua pihak supaya tiada kesilapan dan kelemahan berulang. Menteri Kerja Raya turut menyeru kepada pihak kontraktor untuk terus melaksanakan tanggungjawab dengan baik dalam tempoh tanggungan kecacatan (DLP) dan pihak JKR Malaysia untuk terus memantau proses-proses pasca penyerahan bangunan supaya tiada perkara yang tertangguh dan dilaksanakan mengikut peraturan yang berkuatkuasa.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11