Projek Naik Taraf Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh, Pahang | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

Projek Naik Taraf Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh, Pahang

Temerloh, Pahang, 17 Mei 2024 – YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya telah turun padang bagi meneliti kerja-kerja ‘stitching’ atau penyambungan segmental box girder jambatan (span 3, span 4 & span 5) bagi Projek Menaiktaraf Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh Pahang. Kerja-kerja ‘stitching’ tersebut merupakan prosedur akhir bagi penyiapan komponen segmental box girder secara in-situ sebelum proses pembinaan seterusnya dapat dimulakan.

 

Projek naik taraf jambatan daripada dua lorong kepada empat lorong adalah sebahagian dari solusi untuk menyelesaikan isu bottle neck serta kesesakan trafik di jambatan sedia ada terutamanya pada waktu puncak dan musim perayaan selain meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya di Laluan FT002 terlibat.

 

Projek ini telah diluluskan di bawah peruntukan pembangunan Rolling Plan 3, Rancangan Malaysia Kesebelas (RP3, RMKe-11) Tahun 2020. Kaedah perolehan projek ini adalah secara tender terbuka di mana pembinaan projek telah dimulakan pada 10 September 2020 dan dijangkasiap pada penghujung tahun 2024 dengan kos kontrak semasa berjumlah RM102juta. Antara skop kerja utama projek adalah membina jambatan baharu bersebelahan jambatan sedia ada berukuran 655 meter(m) panjang dan 11.5 m lebar, menaiktaraf jalan tuju sepanjang 1.5 km, menaiktaraf dan membina sistem saliran, pemasangan lampu dan perabot jalan, pengambilan tanah dan pengalihan utitili.

 

Antara keistimewaan projek ini adalah decking system daripada segmental box girder (SBG) sepanjang 200 m yang digunakan pada rentang utama jambatan (span 4) tersebut di mana ianya merupakan antara yang terpanjang di Malaysia. Keseluruhan proses rekabentuk dilaksanakan sepenuhnya oleh tenaga kepakaran tempatan dari Jabatan Kerja Raya Malaysia.

 

Kerajaan melalui agensi-agensi teknikal sedia ada mempunyai kepakaran dan mampu bersaing dengan negara luar sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada khidmat pakar / tenaga kerja asing dalam merealisasikan matlamat Kerajaan untuk menyediakan infrastruktur yang selamat dan selesa kepada rakyat Malaysia Madani.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11