Kuala Lumpur, 14 Oktober 2023– Telah berlangsung sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kementerian Kerja Raya (KKR) selama tiga hari bermula 12 Oktober sehingga hari kemuncak iaitu hari ini pada tanggal 14 Oktober. Sambutan Hari Sukan Negara ini disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi bertempat di Blok C, Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid.