Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Isu-Isu Kontraktor Dititikberatkan Dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Terengganu (PKMMT).

KUALA TERENGGANU, TERENGGANU, 28 MEI 2023 – Timbalan Menteri Kerja Raya, Yang Berhormat Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad, telah dijemput untuk merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PKMMT kali ke-47 pada Ahad lalu. Turut hadir dalam mesyuarat, Yang Dipertua PKMMT, Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Nasir Bin Tan Sri Ibrahim Fikri dan Presiden PKMM, Yang Berbahagia Dato’ Seri Haji Mohamed Fadzill Bin Hassan.  Mesyuarat ini telah berlangsung dari 10 pagi hingga 1 tengah hari bertempat di Hotel Tanjong Vista, Kuala Terengganu.

Kursus Kompetensi Kontraktor Kesihatan Inisiatif JKR Malaysia Demi Memastikan Projek Fasiliti Kesihatan Yang Berkualiti.

ALOR GAJAH, MELAKA, 29 MEI 2023 – Timbalan Menteri Kerja Raya, Yang Berhormat Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad, telah merasmikan Kursus Kompetensi Kontraktor Kesihatan, anjuran    Jabatan Kerja Raya Malaysia mewakili Menteri Kerja Raya Yang Berhormat Dato Seri Alexander Nanta Linggi. Kursus yang dilaksanakan buat julung kalinya ini melibatkan seramai 35 Syarikat Kontraktor Gred G7 yang telah lulus penetapan prasyarat Kementerian Kewangan Malaysia.

Subscribe to