Perak, 11 Mac 2024 – Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi hari ini telah merasmikan pembukaan Seksyen 11, Persimpangan Bertingkat Taiping Selatan ke Persimpangan Beruas, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).
Perak, 11 Mac 2024 – Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi hari ini telah merasmikan pembukaan Seksyen 11, Persimpangan Bertingkat Taiping Selatan ke Persimpangan Beruas, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).
Kuala Lumpur, 11 Mac 2024 - Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kementerian Perpaduan Negara (KPN) ke Kementerian Kerja Raya (KKR) telah diadakan pada 11 Mac 2024 dengan jayanya. Lawatan ini telah dihadiri oleh tiga puluh satu (31) peserta yang diketuai oleh Puan Norlilawati Binti Ramli, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Khidmat Pengurusan KPN dan turut disertai bersama Jawatankuasa EKSA KPN.
Langkawi, 10 Mac 2024 – Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan telah mengadakan lawatan kerja sehari ke Pulau Peranginan Langkawi pada hari ini.
Antara tujuan lawatan adalah untuk menyerahkan Jambatan Sungai Perangin yang baharu siap dibina menggantikan jambatan sedia ada yang dikenali sebagai Jambatan Sungai Perangin, Oriental Village di Pulau Langkawi kepada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).
9 Mac 2024, Langkawi – Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah melakukan tinjauan kerja Pembinaan jambatan baru sepanjang 25 meter dengan kelebaran 12.5 meter ini melibatkan kos sebanyak RM7.8 juta. Kerja-kerja yang dilaksanakan termasuklah menaiktaraf Jalan Tuju, kerja-kerja geoteknikal (tembok penahan), menaiktaraf dan membina sistem saliran, pemasangan lampu dan perabot jalan serta pengalihan utiliti.
Selangor, 8 Mac 2024 - Telah berlangsung Majlis Sambutan Wanita Antarabangsa Tahun 2024 semalam di Sunway Pyramid Convention Centre, Selangor. Majlis gilang gemilang yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
Georgetown, 07 Mac 2024 - Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya hari telah hadir untuk melihat sendiri keadaan mahkamah yang sedang dalam proses naik taraf.
Projek naik taraf dan pemuliharaan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ini adalah projek yang baik kerana kemajuan kerja mendahului kemajuan sebenar iaitu 82% berbanding 71%. Kerja-kerja bermula pada 1 Disember 2021 (tarikh milik tapak) dan dijangka siap Julai 2024.
Raub, Pahang, 7 Mac 2024 – Perjalanan dari dan ke Pantai Timur akan bertambah lancar dengan pembukaan sebahagian jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang dahulunya dikenali sebagai Projek Central Spine Road (CSR) iaitu Seksyen 5A: Raub ByPass. Pengguna yang menggunakan jalan LTU Raub Bypass yang baharu siap ini dapat menjimatkan masa, kos bahan api serta mengurangkan kesesakan jalanraya.