SEMBANG TAMU MACC FM | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

SEMBANG TAMU MACC FM

Submitted by wmukk on 16 October 2026

PUTRAJAYA – Kementerian Kerja Raya (KKR) terus komited dalam memastikan pembangunan infrastruktur negara dilaksanakan dengan meletakkan prinsip integriti dan amalan penolakan rasuah sebagai tunjang utama dalam penyampaian perkhidmatan awam.

Komitmen tersebut diterjemahkan melalui tindakan nyata demi memastikan setiap usaha pembangunan fizikal yang dijalankan oleh kementerian sentiasa telus, beramanah, dan bertanggungjawab bagi memberikan manfaat yang maksima kepada rakyat serta negara.

Prinsip ini menjadi intipati utama dalam sorotan program Sembang Tamu bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim baru-baru ini. Menerusi slot khas yang bersiaran di stesen MACC FM tersebut, beliau mengupas secara mendalam mengenai kepentingan memperkukuh integriti serta membudayakan nilai-nilai murni dalam kalangan penjawat awam.

Program yang membawa tema "Membina Infrastruktur, Memperkukuh Integriti" itu turut memberi penekanan bahawa pengurusan tadbir urus yang bersih bukan sahaja dapat meningkatkan kecekapan agensi, malah ia menjadi pemacu utama kepada kelestarian agenda pembangunan infrastruktur negara dalam jangka masa panjang.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4