ISU KESESAKAN KORIDOR UTARA PULAU PINANG DIJAWAB DI KAMAR KHAS PARLIMEN | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

ISU KESESAKAN KORIDOR UTARA PULAU PINANG DIJAWAB DI KAMAR KHAS PARLIMEN

Submitted by wmukk on 16 October 2026

KUALA LUMPUR — Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, telah hadir ke sesi Kamar Khas Parlimen Malaysia bagi mewakili Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk menjawab soalan berhubung pelan jangka pendek dan sederhana dalam menangani masalah kesesakan lalu lintas di Koridor Utara Pulau Pinang.

Soalan berkenaan telah dikemukakan oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, YB Puan Syerleena Binti Abdul Rashid. Dalam sesi tersebut, penjelasan terperinci telah disampaikan mengenai langkah-langkah serta strategi kementerian bagi melegakan kesesakan di kawasan terbabit demi keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya.

Kementerian Kerja Raya sentiasa komited dan berterusan mengambil langkah proaktif dalam merancang serta memantau infrastruktur jalan raya negara agar kekal efisien dan memenuhi keperluan rakyat secara menyeluruh.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4