Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
SAMBUTAN HARI PEKERJA 2026: MEMPERKASA SEMANGAT ‘PEKERJA MADANI KESUMA BANGSA’ DI UNIFI ARENA

BUKIT JALIL – Sambutan Hari Pekerja 2026 telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Unifi Arena, Bukit Jalil, hari ini. Majlis penuh simbolik ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menekankan kepentingan ekosistem kerja yang adil dan mampan. Bertemakan "Pekerja MADANI Kesuma Bangsa", sambutan tahun ini mengangkat peranan modal insan sebagai nadi penggerak kemajuan negara yang berteraskan nilai ihsan, hormat, dan daya cipta.

MENTERI KERJA RAYA HARI INI TELAH MENYEMPURNAKAN INTERNATIONAL CONFERENCE ON SLOPE 2026 (ICOS 2026) YANG JULUNG KALI DIADAKAN

KUALA LUMPUR - YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya hari ini telah menyempurnakan International Conference on Slope 2026 (ICOS 2026) yang julung kali diadakan bertempat di Royale Chulan Kuala Lumpur.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan), YBhg. Datuk Dr Khairus Masnan Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKR, YBhg. Datuk Zainal Alhakab Seman serta Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Sri Ir. Roslan bin Ismail, merangkap Presiden Pertubuhan Kejuruteraan Jalan Malaysia (REAM).

MAJLIS PENYERAHAN BLOK TAMBAHAN HOSPITAL TUANKU AMPUAN NAJIHAH, KUALA PILAH OLEH TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA KEPADA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

KUALA PILAH – Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Timbalan Menteri, YB Datuk Seri Dr. Ahmad bin Haji Maslan, hari ini menyempurnakan penyerahan Blok Tambahan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Projek bernilai RM153.4 juta ini merupakan inisiatif strategik di bawah RMKe-11 yang disiapkan sepenuhnya oleh JKR Malaysia selaku agensi pelaksana.

KSU KEMENTERIAN KERJA RAYA TINJAU PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO (LBP) SABAH, DAPAT DISIAPKAN MENGIKUT JADUAL

TAWAU – Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, menegaskan komitmen tidak berbelah bahagi dalam memastikan Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah disiapkan mengikut jadual. Turut hadir sama dalam siri lawatan ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) KKR, YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid. Siri lawatan susulan ke lima Pakej Kerja (WP16 - WP20) dari Tawau ke Lahad Datu ini bertujuan memantau prestasi kontraktor serta syarikat utiliti agar setiap janji kemajuan dikotakan sepenuhnya.

TINJAUAN TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA KE PROJEK MENAIKTARAF RUMAH SERI KENANGAN JOHOR BAHRU

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Dr Haji Ahmad Haji Maslan hari ini turun padang mengadakan tinjauan ke Projek Menaiktaraf Rumah Seri Kenangan Johor Bahru bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar mengikut perancangan serta menepati standard kualiti dan keselamatan yang ditetapkan.

Projek bernilai RM57.39 juta yang dilaksanakan secara konvensional ini telah bermula pada 25 Julai 2022 dan dijangka siap sepenuhnya pada 5 Jun 2027. Sehingga kini, kemajuan fizikal projek mencapai 38% berbanding 39% jadual, dengan kelewatan sekitar 7 hari.

TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA TINJAU PROJEK INFRASTRUKTUR DI KOTA TINGGI, PASTIKAN MANFAAT KEPADA RAKYAT TERUS DIPERKASA

KOTA TINGGI, JOHOR – YB Datuk Dr. Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, telah mengadakan lawatan turun padang bersama pegawai Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kota Tinggi bagi meninjau pelaksanaan projek pembangunan serta menilai tahap penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat setempat.

Lawatan ini selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan pembangunan infrastruktur termasuk jalan raya, jambatan, bangunan awam dan fasiliti pendidikan dilaksanakan secara berkesan demi kesejahteraan rakyat.

KSU KKR PENGERUSIKAN MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) BIL. 1 TAHUN 2026

KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Seri Azman Ibrahim, hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kementerian Kerja Raya Bilangan 1 Tahun 2026 bertempat di Bilik Tanjung, Kompleks Kerja Raya. Mesyuarat ini merupakan platform penting dalam memperkukuh hubungan harmoni antara pihak pengurusan tertinggi kementerian dengan kakitangan. Turut hadir mengiringi beliau dalam mesyuarat tersebut adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Dasar dan Pembangunan), YBhg. Datuk Dr.

MENTERI KERJA RAYA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT MENTERI BESAR PAHANG

KUALA LUMPUR  – Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi hari ini menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail di Menara Kerja Raya.

Turut hadir dalam sesi pertemuan tersebut ialah barisan delegasi Kerajaan Negeri Pahang termasuk Exco Kerja Raya Negeri Pahang, Dato’ Sri Razali Kassim, YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) serta pegawai-pegawai kanan dari kedua-dua pihak.

SESI MENANDATANGANI DEKLARASI DATA ASET JALAN ANTARA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KERJA RAYA DAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

KUALA LUMPUR  – Satu sesi menandatangani Deklarasi Data Aset Jalan telah diadakan antara YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR) dan YB Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Setiausaha Kerajaan Terengganu.

Majlis yang berlangsung di Bilik Tanjung, Blok A, Kompleks Kerja Raya dimulakan dengan sesi taklimat daripada Cik Masdara Siregar binti Mohd Samsir, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar Dan Antarabangsa

Subscribe to