MAJLIS PENYERAHAN BLOK TAMBAHAN HOSPITAL TUANKU AMPUAN NAJIHAH, KUALA PILAH OLEH TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA KEPADA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM). | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

MAJLIS PENYERAHAN BLOK TAMBAHAN HOSPITAL TUANKU AMPUAN NAJIHAH, KUALA PILAH OLEH TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA KEPADA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM).

KUALA PILAH – Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Timbalan Menteri, YB Datuk Seri Dr. Ahmad bin Haji Maslan, hari ini menyempurnakan penyerahan Blok Tambahan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Projek bernilai RM153.4 juta ini merupakan inisiatif strategik di bawah RMKe-11 yang disiapkan sepenuhnya oleh JKR Malaysia selaku agensi pelaksana.

Pencapaian utama projek ini melibatkan peningkatan kapasiti hospital kepada 458 katil serta penggunaan Sistem Modular Operation Theatre (OT) yang moden bagi menjamin tahap kebersihan dan keselamatan dewan bedah yang lebih tinggi. Menggunakan kaedah Reka dan Bina serta Sistem Binaan Berindustri (IBS) dengan skor melebihi 70%, fasiliti ini turut direka dengan keupayaan sebagai hospital penyakit berjangkit bagi menghadapi kecemasan kesihatan masa hadapan.

Penyerahan ini merupakan manifestasi komitmen Kerajaan Malaysia MADANI dalam memperkukuh infrastruktur kesihatan rakyat, khususnya bagi mengurangkan kesesakan di daerah Kuala Pilah dan kawasan sekitarnya. KKR melalui JKR akan terus memantau prestasi fasiliti ini sepanjang Tempoh Liabiliti Kecacatan (DLP) selama 24 bulan bagi memastikan pengoperasian berjalan lancar demi kesejahteraan rakyat.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3