LIPIS, PAHANG, 26 JANUARI 2023 – Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Dato' Sri Abdul Rahman Haji Mohamad meninjau kemajuan kerja Lebuhraya Tanpa Tol Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU), Seksyen 3J : Kg. Seberang Jelai ke Kg. Relong, Pahang. Tinjauan ini bertujuan mengenalpasti isu dan cabaran yang dihadapi kontraktor bagi memastikan projek ini dapat disiapkan mengikut jadual yang telah dirancang.