Langkau ke kandungan utama
Pengenalan

Tujuan ianya disediakan adalah sebagai panduan kepada kakitangan dalam Kementerian untuk membuat pengisytiharan harta masing-masing mengikut yang ditetapkan oleh peraturan.

Objektif

Tujuan ianya disediakan adalah sebagai panduan kepada kakitangan dalam Kementerian untuk membuat pengisytiharan harta masing-masing mengikut yang ditetapkan oleh peraturan.

Pertanyaan

Cawangan Pengurusan Prestasi dan Kompetensi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Kerja Raya
Tingkat 14, Blok B, Kompleks Kerja Raya
Jalan Sultan Salahuddin
50580 KUALA LUMPUR.

Telefon: 03-27714907          Faks:     03-27118346

File attachments
Proses Kerja (60.05 KB)
Additional Information

PANDUAN PENGISYTIHARAN HARTA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA   1. RUJUKAN PERATURAN PENGISYTIHARAN HARTA

  • Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
  • Pekeliling Bil 8 Tahun 1995; dan
  • Surat Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil 2 Tahun 1999 

2. BILA PERLU MENGISYTIHARKAN HARTA


  • Apabila dilantik kedalam perkhidmatan awam
  • Apabila dikehendaki oleh Kerajaan
  • Apabila memperolehi apa-apa harta tambahan; dan
  • Apabila melupuskan harta-harta yang telah diisytiharkan

3. KEKERAPAN MENGISYTIHARKAN HARTA

  • Ketua Jabatan - Mula-mula memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan dan setiap 3 bulan sekali
  • Pegawai/Anggota Biasa - Sekali setiap 5 tahun
  • Tiada perubahan - Isi Lampiran 'A', Surat Pek. Perk.Bil 2 Tahun 1999
  • Tambahan Harta - Isi borang JPA (T) 1/99
  • Pelupusan Harta - Isi borang JPA (T) 2/99

4. JENIS-JENIS BORANG PENGISYTIHARAN HARTA

  • Borang JPA (T) 1/95 - Kali Pertama
  • Borang JPA (T) 1/99 - Harta Tambahan
  • Borang JPA (T) 2/99 - Pelupusan Harta