PEMASANGAN ELEKTRIK UNTUK PEMBINAAN KLINIK KESIHATAN (JENIS 2) BANDAR KLUANG, KLUANG, JOHOR (TAWARAN SEMULA) | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Jenis Perolehan
Tender
Tarikh Iklan
Tajuk Perolehan

PEMASANGAN ELEKTRIK UNTUK PEMBINAAN KLINIK KESIHATAN (JENIS 2) BANDAR KLUANG, KLUANG, JOHOR (TAWARAN SEMULA)

Pejabat Yang Memanggil

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK JKR NEGERI JOHOR
IR. TS. AZEZAN BIN MD SAAD
07-5104397/398 / AZEZAN@JKR.GOV.MY

Status Syarikat

BUMIPUTERA

T1

Gred CIDB
G6 DAN KEATAS
Kategori

ME

Pengkhususan

E04, E11, E16, E17

Tarikh Mula Dijual
Tarikh Akhir Dijual
Harga Dokumen
RM100.00
Lawatan Tapak

TIADA

MAKLUMAT TAKLIMAT ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH TAKLIMAT: 07/10/2026
MASA TAKLIMAT: 10:00 AM
LOKASI TAKLIMAT: SECARA ATAS TALIAN

MAKLUMAT DOKUMEN 
HARGARM 100.00
MAKLUMAT BAYARAN
BILLER CODE: JKR JOHOR 407841
NOTA: JKR NEGERI JOHOR
REF 1: JKR/PERS/J/PPPNJ/06/2025 (NSC ELEKTRIK)
Ref 2: NAMA SYARIKAT ANDA

BAYARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA PETENDER GAGAL MEMENUHI SYARAT-SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN.

PAUTAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER (JIKA BERKENAAN) AKAN DIAKTIFKAN SETELAH SELESAI PROSES LAWATAN TAPAK/TAKLIMAT TENDER (SEKIRANYA WAJIB) DAN PEMBAYARAN. PETENDER DIKEHENDAKI LOG MASUK KE DALAM SISTEM UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER.

TARIKH MULA DIJUAL08/10/2026
TARIKH AKHIR DIJUAL27/10/2026
TEMPAT DIJUALSECARA ATAS TALIAN MENGGUNAKAN SISTEM JKR E-TENDER (JET)
WAKTU TUTUP JUAL TENDER05:00 PM
TEMPAT DITUTUPSECARA ATAS TALIAN MENGGUNAKAN SISTEM JKR E-TENDER (JET)
TARIKH TENDER DITUTUP28/10/2026
WAKTU TENDER DITUTUP12:00 PM
NOTAJKR E-TENDERING (SISTEM JET) :

Proses tender ini dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem JET:

a) Petender yang berminat menyertai tender ini hendaklah membuat pendaftaran dalam portal https://tender.jkr.gov.my . Pendaftaran akaun pengguna (kontraktor) hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan menggunakan nama syarikat yang berkenaan.

b) Hanya petender berdaftar sahaja boleh menyertai tender yang menggunakan Sistem JET. Langkah-langkah untuk membuka akaun dan mendaftar masuk sistem boleh dirujuk menerusi Manual Pengguna yang boleh dimuat turun melalui portal Sistem JET.

c) Kontraktor yang telah berdaftar dengan Sistem JET akan menerima ID dan kata laluan untuk log masuk, melihat paparan iklan, membeli dan mengemukakan dokumen tender.

d) Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi secara dalam talian melalui Sistem JET.


TAKLIMAT TENDER & LAWATAN TAPAK :

a) Taklimat Tender adalah DIGALAKKAN bagi semua petender. Permohonan menghadiri taklimat tapak hendaklah dibuat melalui Sistem JKR E-Tender (JET).

b) Sesi taklimat tapak bagi projek ini akan dilaksanakan secara dalam talian (online) khas untuk petender yang telah membuat permohonan melalui Sistem JKR E-Tender (JET). Pautan (link) untuk menyertai sesi taklimat akan dibekalkan kepada petender selepas pengesahan permohonan dibuat. Sila pastikan maklumat e-mel dan akaun JET anda adalah aktif untuk menerima pautan berkenaan.

c) Segala Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Kerajaan yang berkaitan hendaklah dipatuhi. Sila bawa Cop Syarikat Beralamat untuk memudahkan urusan pendaftaran semasa taklimat tender & lawatan tapak dijalankan.

d) Hanya Penama dalam PPK dan SPKK atau PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan untuk menyertai taklimat tender dan lawatan tapak.


PEMBELIAN DOKUMEN TENDER :

a) Kontraktor yang LAYAK perlu memuatnaik salinan (dalam format *pdf) Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dengan CIDB atau Sijil UPKJ atau Sijil PUKONSA dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) dengan Pusat Khidmat Kontraktor; dan bukti pembayaran (Slip JomPAY) bagi tujuan pembelian dokumen tender.

b) KEBENARAN KHAS daripada CIDB atau PUKONSA atau UPKJ untuk kategori/pengkhususan kerja yang telah ditetapkan adalah TIDAK DITERIMA.

c) Dokumen tender hanya akan dijual kepada Kontraktor yang LAYAK berdasarkan kepada maklumat pendaftaran dan bukti pembayaran yang dikemukakan. Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya petender gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

d) Petender yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan akan menerima e-mel pemakluman bagi pengesahan pembelian Dokumen Tender dalam tempoh satu (1) hari bekerja dan boleh memuat turun Dokumen Tender secara salinan lembut (softcopy) melalui Sistem JET.


ARAHAN TAMBAHAN KEPADA PETENDER :

a) Petender dikehendaki mengemukakan Borang Pengisytiharan Pemunya Benefisial (Lampiran A) dan Surat Akuan Syarikat Dalam Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang dan Buruh Paksa (Lampiran b) sebagai sebahagian daripada dokumen sokongan tender. Keperluan mengemukakan dokumen ini adalah sebagai DOKUMEN WAJIB dan merupakan Syarat Wajib bagi kesempurnaan Tender.

b) Petender dikehendaki mengemukakan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate (TCC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) semasa mengemukakan tender. Keperluan mengemukakan dokumen TCC sebagai Dokumen Wajib dan merupakan Syarat Wajib bagi kesempurnaan Tender.

c) Sila rujuk TAMBAHAN KEPADA ARAHAN KEPADA PETENDER (TENDER KECIL).

PERINGATAN:

Pejabat Mengurus Tender (PMT) tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian Kontraktor dalam memastikan kesempurnaan penerimaan emel, isu pembayaran dan dokumen yang dimuat turun
Tarikh Tutup