Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR 5 Sep. - Operasi pertama pengalihan air menggunaka Terowong Jalan dan Pengurusan Air Banjir (SMART) pada Isnin lalu berjaya mengelak beberapa kawasan sekitar ibu negara daripada dilanda banjir.

Pengarah Projek Tebatan Banjir Kuala Lumpur, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), K. J. Abraham berkata, air di Sungai Klang dan Ampang yang naik mendadak ekoran hujan lebat selama enam jam pada hari tersebut berjaya dialihkan ke Kolam Takungan Kampung Berembang.

Kayanya, sebaik sahaja JPS mengaktifkan amaran banjir ke Pusat Kawalan SMART, pasukan khas syarikat itu telah melaksanakan langkah berjaga-jaga termasuk menutup laluan kenderaan ke terowong berkenaan.

"Sebanyak 550,000 kubik air telah dilepaskan ke kolam tadahan SMART di Kampong Berembang seterusnya ke kolam takongan Taman Desa sebelum dilepaskan  ke Sungai Kerayung," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SMART, Mohd, Fuad Kamal Ariffin.

Abraham berkata, sebanyak 220 kubik meter air sesaat dicatatkan masuk ke terowong SMART ketika hujan lebat itu berlaku.

Katanya, petugas SMART mengambil masa sejam untuk mengosongkan terowong daripada sebarang trafik selepas amaran banjir dikeluarkan pada pukul 8.30 malam.

Beliau berkata, walaupun operasi tersebut hanya melibatkan MOD 1, laluan trafik terpaksa ditutup demi keselamatan pengguna.

"Dalam operasi itu, air yang dialih hanya melalui dek ketiga iaitu laluan paling bawah. Laluan kenderaan hanya akan dibuka untuk pengalihan air jika banjir berada di MOD 2 atau banjir sederhana," ujar beliau.

Abraham berkatam setelah dua jam ditutup, air sungai mulai surut dan keadaan kembali normal.

"Laluan trafik dibuka semula pukul 5 pagi keesokan harinya selepas lapan jam ditutup," katanya.

Sementara itu, Abraham memberitahu, projek kolam takungan banjir di Jinjang, Batu dan Sungai Gombak hampir siap dan dijangka beroperasi awal tahun depan.

Menurutnya, setelah projek itu disiapkan, ia akan mengurangkan masalah anjir di Kuala Lumpur.

 

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia