Langkau ke kandungan utama

PARIT - Setelah melihat sendiri empat penunggang motosikal berkuasa besar berlumba di Lebuh Raya Utara-Selatan kelmarin, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Samy Vellu berkata, kerajaan mungkin mengharamkan motosikal daripa menggunakan lebuh raya jika mereka ini mengaancam nyawa pengguna lain.

Beliau berkata, langkah drastik itu terpaksa diambil jika penunggang morosikal terus mengabaikan undang-undang dengan berlumba di lebuh raya.

"Sekarang kita tidak hadkan motosikal guna lebuh raya, tetapi kalau mereka tidak ikut peraturan, kita akan larang motosikal daripada menggunakan lebuh raya," katanya kepada pemberita selepas melawat projek menaik taraf Jalan Ipoh-Lumut di Bota dekat sini semalam.

"Semalam saya lihat penunggang motosikal besar di lebuh raya PLUS bawa laju hingga 170 kilometer sejam. Mereka tidak ikut peraturan sehingga ada empat orang (motorsikal) bersaing dalam dua lorong.

"Saya ingin beri amaran (lebuh raya) bukan tempat perlumbaan motosikal.

"Saya akan jumpa persatuan (pemilik) motosikal dan beri nasihat kerana kalau mereka tidak mahu ikut, kita akan haramkan motosikal daripada lebuh raya PLUS," katanya.

Beliau berkata, penunggang motosikal perlu menghormati pengguna lain di lebuh raya yang terpaksa membayar tol sedangkan mereka menggunakannya dengan percuma.

"Oranglain bayar, dia tak bayar". Guna percuma, kena jaga sikit," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Superbikers Malaysia (SAM), Datuk Jamaludin Khalid memohon pertimbangan kerajaan agar tidak melaksanakan peraturan itu kerana penunggang motosikal berkuasa besar bukanlah penyumbang kepada kadar kemalangan.

Katanya, ini kerana sebahagian besar daripada kemalangan yang membabitakn motosikal adalah dalam kategori 135cc ke bawah.

 

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia