Langkau ke kandungan utama

Sektor pembinaan Negara perlu berkerjasama untuk mencapai matlamat Pelan Utama Industri Pembinaan (CIMP) agas industri pembinaan Malaysia lebih berdaya  saing, inovatif dan bertaraf dunia.

Penubuhan CIMP bertujuan membangunkan industrri pembinaan Negara yang dinamik dan tahan lasak.

Selain itu, CIMP juga bermatlamat penyokong penjanaan kekayaan dan pembentukan nilai yang padu serta diterajui oleh komuniti pembinaan yang menghayati teknologi dan kreatif.

Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed, sejak 50 tahun dahulu industri pembinaan Negara telah banyak menyumbangkan kepada kemajuan Negara dan sekarang ia bersedia diperluaskan pengaruhnya ke luar Negara.

"Pertambahan kos pengeluaran dan juga persaingan menjadi cabaran bagi pemaju bidang pembinaan.

"Tetapi industri pembinaan telah maju setapak ekoran kenaikan sebanyak 4.00 % pada pertengahan tahun 2007. disebabkan oleh banyak projek yang dilaksanakan selaras dengan Rancangan Malaysia ke-9," katanya sewaktu perasmian Expo Pembinaan Antarabangsa Malaysia (MALBEX)

Dalam jangka masa panjang CIMP akan menjadikan industri pembinaan Negara lebih produktif serta menjadi satu industri yang bersepadu dan mampu memberikan kepuasan kepada pelanggan melalui perkhidmatan cemerlang.

Selain ini, CIMP juga akan dibangunkan dalam tiga fasa iaitu  fasa satu dari tahun 2006 sehingga tahun 2008 yang memberi focus kepada  penyelesaian masalah dan cabaran semasa dalam industri pembinaan.

Fasa kedua pula akan dilaksanakan  bermula dari tahun 2009 sehingga 2012 yang akan cuba membangunkan keupayaan baru dan membina asas yang kukuh untuk membolehkan industri pembinaan Negara melangkah ke luar Negara.

Fasa terakhir  iaitu  fasa ketiga akan dijalankan mulai tahun 2013 sehingga 2015 yang akan cuba menyelesaikan keperluan untuk industri pembinaan. Negara bersaing di peringkat global.

Sempena pelancaran Hari Pembinaan Sedunia 2007, Expo Pembinaan Sedunia 2007, Expo Pembinaan Antrabangsa Malaysia (MALBEX) yang ke -24 juga dilancarkan di mana expo ini turut menarik minat 200  peserta  Taiwan, China dan lain-lain Negara yang terlibat dengan industri pembinaan.

MALBEX juga turut membuka peluang perniagaan baru kepada kontraktor dari Malaysia untuk berkerjasama dengan rakan niaga dari luar Negara yang mempunyai potensi untuk menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat pembinaan tempatan.  

 

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia