Langkau ke kandungan utama

KONGRES Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berharap kerajaan dapat memastikan kadar tol di semua lebuh raya tidak akan dinaikkan pada tahun depan bagi mengelakkan beban kawangan kepada golongan perkerja di negara ini.

Presiden MTUC Syed Shahir Syed Mohamad berkata, sebarang kelulusan untuk kenaikan kadar tol lebuh raya akan menyebabkan berlakunya rantaian kenaikan barangan keperluan, perkhidmatan dan pengangkutan. 

"MTUC berpendapat bahawa keputusan kerajaan menolak tutuntan Gaji Minimum RM900 dan Elaun Cola (Sara Hidup) RM300 sudah cukup menyeksa golongan pekerja keadaan sosio ekonomi golongan perkerja akan lebih 'parah' apabila mereka terpaksa menampung kos perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka tahun depan.

Ditambah pula dengan kenaikan tol ini pula akan menambah lagi bebanan tanggungan mereka," katanya dalam kenyataan di sini semalam. Katanya, MTUC berpendapat bahawa Kelmarin, Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, kadar bayaran tol di semua lebuh raya tidak akan dinaikan selagi kajian mengenai cadangan kenaikan membabitkan tujuh pemegang konsesi belum diserahkan kepada Kabinet.

Samy vellu berkata, kementeriannya akan memastika bahawa sebarang keutusan mengenai kadar tol tidak akan  menamah beban pengguna dan pada masa sama tidak menjejaskan prestasi syarikat pemegang kosesi lebuh raya berdasarklan perjanjian sebelum ini.

Syed Shahir berkata, golongan perkerja akan lebih tertekan lagi apabila kerajaan juga bercadang menaikkan harga petrol dan harga gas memasak yang dijangka dinaikan serentak pada 1 Januari tahun depan.

 

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian